Wednesday, 29 December 2010

Ayah nasihat kami

Dulu saya selalu fikir yang ayah jarang nasihat kami. Rupanya nasihat tu dalam pelbagai bentuk. Semasa kami mengharungi sesak jalan raya melepasi jambatan Pulau Pinang menghala Seberang Jaya.

Saya dan adik-adik bercakap tentang BIAWAK.

"Tok tak suka sebut perkataan biawak", beritahu adik saya. Kami pun mempersoalkan kenapa tak boleh sebut, atau tak suka sebut. Mungkin kerana geli, terasa jijik dan kotor dengan tabiat biawak atau agak menjadi 'taboo' word seperti menyebut babi tetapi lebih elok khinzir, kononnya.

"Kesian biawak, dah biawak, biawak la" kami mengeluh.

"Sebenarnya tak salah pun. Dia dilahirkan macam tu...." dan panjang lagi la ayah saya menyampuk memulakan hujah pendakwaan. Sikit lagi masuk anatomi dan fisiologi biawak.

"Dia (biawak) pun tak suka dihina atau diminta lahir begitu, tapi dia (biawak lagi) cuba meneruskan hidup, sesuai dengan segala apa yang diciptakan baginya" ayah menapaki hujah demi hujah.

"biawak akan merasa bahawa segala penciptaan padanya sudah cukup bagus, Allah dah menciptakan apa yang baik baginya"

"Samalah kalau kita tanya babi....babi, babi, kau nak tak kalau kau diubah jadi arnab?"

"babi dengan yakin menjawab: 'aku taknak, aku nak jadi babi, aku tak nak jadi arnab'"

Babi pun rasa apa yang diciptakan baginya sudah cukup terbaik, sesuai dengan anatomi, fisiologi, dan ekosistem sekelilingnya. Allah sebaik-baik pencipta dan perancang.

“Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)

Dan jangan sekali lupa, apa yang telah Allah berikan kepada kita sebenarnya lebih banyak daripada apa yang sedang kita minta (doa).

"Ya Allah pelihara kami dari rasa tamak, rasa tidak pernah cukup, kami tidak mahu menjadi hamba yanglupa dan jauh dari rasa syukur"

Amal Harun
W.P Labuan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..