Segalanya telah dibuat dengan optimum untuk memastikan kejayaan pelajar, tetapi hasilnya tidak seberapa. Seolah-olah saya yang bertungkus-lumus dan pelajar saya hanya bersenang lenang. Jika mereka salah saya akan marah.
Namun eksperimen saya jika memarahi mereka tidak berjaya membantu proses. Saya pun kembali membetulkan duduk posisi saya sebagai seorang pendidik. Sampaikan ilmu dan terapkan nilai usaha. Saya mulai sedar bahawa latar belakang mereka berbeza. Tidak semua yang saya sampaikan berjaya ditelan sepenuhnya. Tetapi ada satu unsur kekaguman saya secara peribadinya, mereka begitu tekun dan kuat semangat juang.
Jika dinilai tahap intelek, lemah atau sederhana, tetapi daya usaha memang A. Saya akan ingatkan mereka selalu, Tuhan menilai usaha, tetapi bukan hasil. Akan datang suatu masa, Tuhan akan membayar setiap lelah mereka dalam keadaan tidak disangka.
Sekarang kita susah, kejayaan memang dengan kepayahan. Selamat menunggu keputusan 6 Disember 2011.
Terima kasih anak didik yang baik.
Amal Harun
Labuan
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..