Saya sangat tekun mengisi kehadiran pelajar di dalam sistem, ia adalah suatu tugas dan kewajipan pensyarah dan sedikit leceh kerana menguruskan sebuah kuliah (106 orang pelajar saja), sudah semestinya amat memerlukan penelitian. Tiba-tiba datang sekumpulan pelajar membawa setin minuman isotonik. Ya Allah, terkejutnya saya, bagaimana mereka tahu saya haus, baiknya mereka an amat terharu. Tidak, rupanya mereka datang meminta saya berlakon untuk iklan minuman yang mereka hasilkan bagi subjek multimedia.
"Tidakkah kamu melihat saya sedang sibuk?" kata saya.
"Maaf miss, tapi tolonglah, tiada siapa yang mahu bekerjasama" kata Aslam.
"Ya miss, tolongla kami.." merayu-rayu pelajar perempuan yang 2 orang ni pulak.
Saya faham apakah perasaan sekiranya ditolak mentah-mentah. Ya, saya pernah rasa sewaktu ditugaskan menyiapkan video sempena MPPB kolej. Mereka bukan saja tidak mahu, malah menghina saya atau merendah-rendahkan saya. Saya tidaklah sedih jika dihina atau tidak memberi kerjasama, tetapi perlukah menghina orang.
Oh, lupakan kisah lama kalau hanya memberi kesan negatif kepada memori. Prosedurnya hendaklah meminta keizinan dan tiada unsur paksaan. Bila memikirkan perkara ini, saya gagahkan diri biarpun malu, merasakan tidak comel, tidak fotogenik dan pelbagai unsur negatif.
"Baiklah, saya cuba" disertai sorak-sorai pelajar saya. Ok, saya hanya ingin mengikut sunnah nabi, jika memudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan kita di akhirat nanti. InsyaAllah.
Mari hidupkan sunnah.
Salam 25 Muharam 1433 H
Amal Harun.
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..