Wednesday, 7 September 2011

Tuhan tahu, tapi menunggu

Mengajar Kimia kelas yang 1 ini memang mencabar, pelajar pasif dan 9 dari 27 orang sahaja yang lulus. Saya tidak berputus asa. Ada masa, saya terus memberi galakan.

Jam pertama tutorial menyaksikan muka-muka mereka yang kecewa kerana baru mendapat keputusan UPS. Memang muka ketat nak belajar. Suasana kelas makin panas, kepanasan Galapagos memang tahap panas betul.

Kelas mulai lesu. Saya kongsikan kisah seorang wanita yang menghidap kanser lidah. Dia seorang guru, akhirnya perlu membuang lidah dan tidak dapat bercakap. Kesudahannya, meninggalkan pekerjaannya sebagaii seorang guru.

"Jadi, jangan bercakap semasa saya mengajar". "gunakan lidah dengan sebaiknya" itu mesej kisah spontan yang saya sempat kongsikan.

"Tuhan sengaja tidak bagi kejayaan sekarang, dia mahu kita lebih berusaha"

"Mungkin bukan di sini, tetapi di tahap lain, asalkan kita berusaha sehabis baik. Kadang kita terlupa dengan nikmat yang ada, kerana terlalu fokus dengan sesuatu yang tiada"

"tetapi, pernahkah kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, adakah kita menyebutnya?" sunyi suasana dalam kelas.

"adakah kita pernah menadah tangan lalu berkata; wahai tuhan, saya berterima kasih dengan oksigen yang saya hirup hingga hari ini" diikuti deraian tawa sang anak muda, tetapi kembali diam.

"takkan terhitung nikmat yang dikurniakan" saya mengakhiri.

"belajar dan berusahalah. Itulah kehidupan. Kegagalan itu adalah signifikan demi sebuah kebangkitan. Kegagalan hari ini adalah tangga kepada sebuah kejayaan hari esok. Sebuah kejayaan yang ditangguhkan demi menanam rasa cinta dan syukur".

Alhamdulillah, jam kedua tutorial keesokan harinya mampu kembali ceria.

Mari, bangkit dari sebuah kegagalan. Tuhan tahu tapi menunggu doa dan ikhtiarmu.

Amal Harun
Labuan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..