Monday, 5 September 2011

Payah menyusun kata


Hampir setiap petang pelajar saya datang bertanyakan Kimia. 2 kelas berada pada tahap memuaskan manakala 1 kelas lagi, kurang dari 10 sahaja yang lulus. Misi saya ialah agar mereka tidak gagal.

Saya nyatakan kedudukan mereka secara kasar. Menyedarkan mereka setiap seorang bermula dari keputusan SPM dan ujian-ujian yang dijalankan. Misinya, meningkat peratusan lulus, tiada gagal. Skor A ialah pilihan, atas daya juang sendiri. Tetapi jika gagal, saya turut menerima tempiasnya, teruknya saya sebagai guru Kimia. Inilah dialog saban hari yang sentiasa saya ungkapkan kepada pelajar yang datang mengadu kelemahan subjek Kimia.

Saya akui, mereka tidak harus dipersalahkan.Kebanyakan pelajar masuk bukanlah memiliki keputusan yang baik atau konsep asas yang bagus. Hakikatnya saya merenung kembali segala usaha yang telah saya jalankan. Pelbagai pendekatan telah saya jalankan, pelajar saya pasif!

Hingga tiba suatu saat, saya menghamburkan kekecewaan, apakah kesilapan yang saya lakukan semasa mengajar? Apakah yang saya harus lakukan sebagai pendidik? Apakah langkah pembaharuan?

Terdiam calon gagal tersebut.

"Anda tidak akan gagal lagi jika anda bangkit dari kesilapan. Anda tidaklah bodoh."

Pelajar saya mula mengaku setiap satu kesilapan dan kelemahan masing-masing.

Pelajar, saya tidaklah pandai menyusun kata-kata semangat, namun saya terus memberi aspirasi kepada anda menerusi kesungguhan. Bukalah mata, mari sama-sama belajar. Ingat saja kata pesanan ibu bapa kamu. Itu memadai untuk setakat ini.

Berderaian air mata pelajar. Sabarlah, kalian sedang berjuang.

Bagaimana nak memotivasi pelajar, kalau guru sendiri semakin sepi.

Amal Harun
Labuan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..