Secara logiknya, semua kemudahan ada. Kain dicuci mengginakan mesin, hanya perlu dijemur. Itu sahaja. Kemudian lipat. Bilik harus dikemas; sapu, lantai dilap dan barang disusun dengan baik. Tetapi inilah hasil kemalasan.
Ia memerlukan satu semangat jihad melawan penyakit kemalasan. Ini hanyalah menguruskan diri yang seorang, bukan keluarga atau anak-anak kecil. Sama juga, sering saya nasihatkan pelajar saya agar rajin, kerana tiada siapa yang mengubah diri sendiri melainkan tuan empunya diri.
Kepada saya, segalanya dilakukan kerana tiada pilihan lain, tiada siapa akan lakukan untuk saya melainkan saya sendiri. Kepada pelajar, tiada siapa akan mengubah nasib diri melainkan berubah memperbaiki dan tahu kelemahan diri.
Mohonlah dijauhkan dari penyakit kemalasan. Senang di lisan, berat di tangan.
ish3x
ReplyDeleteamal, lawalah blog hang punya template. kelas gitu!
ReplyDelete