Sunday, 5 June 2011

Hadith: Bahtera Masyarakat, Bahagian 1

Saya ingin kongsikan suatu hadith yang dipelajari semasa jaulah PEMBINA Penang ke DHL 2009 dahulu kala. Sangat bermanfaat.

"Perumpamaan orang menjaga hudud Allah dan orang yang melanggarnya ialah seperti suatu kaum yang sama-sama menaiki kapal. Lalu sebhagiannya duduk di bahagian atas dan sebahagiannya duduk di bahagian bawah. Apabila orang-orang yang duduk di bahagian bawah hendak mendapatkan air mereka meminta tolong dari orang yang duduk di atas. Maka mereka berkata "Alangkah baiknya sekiranya kita tebuk satu lubang di bahagian kita ini, maka kita tidak menyusahkan orang yang duduk di atas." Sekiranya orang-orang yang duduk di atas membiarkan mereka melakukan apa yang mereka mahu, maka mereka semua akan binasa dan sekiranya mereka melarangnya maka mereka semua akan terselamat. (riwayat Bukhari dan Tirmizi)

Menerusi hadith ini, Rasulullah menganalogikan kehidupan dengan bahtera. Kehidupan keseluruhannya adalah sama dengan bahtera yang berada di tengah laut yang bergelombang. Tiada ketenangan biarpun sekejap. Tiada kestabilan kerana sering dilambung ombak. Oleh itu, orang yang menaiki bahtera, akan sentiasa berhati-hati dan memahami apa yang dilakukan. Pendek kata SAFETY PRECAUTION!

Masyarakat keseluruhan mewakili manusia yang menaiki kapal ini. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang sedar, ada juga lalai. Kapal ini membawa mereka menuju destinasi. Apabila dilanda gelombang, kesannya dirasai semua penghuni kapal. Semua akan terkesan dengan faktor ombak, angin mahupun kehendak nakhoda kapal. Kadang ke kiri, kadang ke kanan.

Sesungguhnya, manusia lupa bahtera yang dinaiki adala bahtera kehidupan.

Manusia lupa, bahawa mereka tetap berada di darat yang stabil tanpa teroleng-oleng oleh gelombang. Sebab itulah melakukan kerosakan.

Jika sedar kita di atas kapal yang penuh risiko, tentu kita tidak buat kerosakan, tetapi kita lupa kita atas kapal dan berlagak seperti di daratan, lalu kita buat kerosakan, tanpa sedar, tempoh pelayaran sangat pendek. Jika sedar hakikat ini, sudah tentu akan kembali kepada Quran dan Sunnah.

Sekiranya orang yang di atas kapal sedar apa yang dilakukannya di dalam kapal memberi kesan kepada kapal dan akan menggoyangkannya...

Sekiranya dia sedar semua itu, dia tidak akan membiarkan dirinya menjadi momokan syahwat dan penyelewengan. Dia akan menghisab setiap langkah yang dilaluinya dan setiap gerakan yang dilakukannya demi menjamin keselamatannya dan juga keselamatan orang lain.

Tetapi manusia lupa melainkan orang yang beriman, bertakwa dan sentiasa memohon petunjuk Tuhannya. Rsulullah sedar yang lupa menyelaputi hati manusia, lalu baginda memberi amaran kepada mereka. Analoginya; bahtera pelayaran.

Bersambung.

Amal Harun
Kepulauan Labuhan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..