Saturday, 26 February 2011

Terima Kasih Emak






Hari ini emak dilahirkan oleh tok, iaitu 26 Februari 1957. Sudah 54 tahun umur emak. Emak lahirkan saya ketika usia beliau 29 tahun. Saya anak pertama perempuan, dibesarkan bersama abang-abang saya.

Emak sangat garang berbanding ayah. Ayah lansung tak garang, tetapi apabila marah, memang terkesan. Emak pula segalanya mesti tegas dan berdisiplin, kemas dan baik. Segalanya tentang persekolahan kami adik-beradik emak tentukan, di mana belajar, bidang apa belajar dan sampailah baju apa nak dipakai ke tempat kerja.

"Semoga Allah kurniakan keberkatan hidup untuk mak" itu ucapan saya kepada mak petang tadi. Mak agak sibuk, kami tidak bercakap panjang.

Malam yang lepas, dalam perjalanan ke lapangan terbang Labuan, Yan dan saya bersepakat bahawa kami ialah insan tegar hati dan susah melahirkan kasih-sayang. Betul, ada ego di situ. Tapi menurut Yan, dia sudah berjaya belajar sesuatu iaitu memberi kasih sayang heheee..macam-macam la dia nasihat saya. Baik, terima kasih.

"Aku memang payah ataupun seingat aku tak pernah melafazkan ucapan terima kasih kepada mak dan ayah secara 'live', teruk betul aku rasa" saya mengakui di hadapan Yan.

Memang tak mampu untuk setiap benda saya ucap terima kasih, dan memang saya berat melafazkan kata terima kasih emak. Padahal pada orang lain, biasa saja berkata terima kasih. Berat sangat!

Untuk emak, jika emak baca blog saya, saya nak emak tahu saya akan sentiasa doakan emak, semoga emak sihat, gembira dengan ayah sampai bila-bila. Saya sayang emak, dan sangat tak mampu balas jasa emak.
emak ketika musim haji 2010

Amal Harun
WP Labuan

1 comment:

  1. Emak..selamanya berada ditempat teristimewa di dalam hati. Ungkapkan sayang, selagi berkesempatan..Moga setiap ibu sentiasa diberkati.

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..