Menjelang 1 tahun, 1 bulan, 2 minggu dan empat hari saya bergelar pendidik. Di KML ia sangat menguji, menyibukkan dan sangat menuntut kesabaran sangat tinggi. Berhadapan dengan pelajar, pihak pengurusan dan rakan sejawat. Segalanya perlu dikendalikan dengan berhemah dan bersabar.
Masalah tempat kerja jangan bawa ke rumah. Tapi nak buat macam mana, rakan serumah adalah rakan sekerja. InsyaAllah, apa juga yg dilakukan bila diniat kerana Allah dan redhaNya, pasti kesudahannya baik. Ikhlas sesuatu yang perlu dipelajari setelah sabar.
Bila bekerja, masing-masing ada tugas-tugas tertentu, masing-masing mendapat beban kerja yang sama. Jika tidak sama, mungkin sekarang kita kurang kerja, orang lain banyak, atau mungkin kita nantinya akan banyak kerja dan orang lain pula sibuk.
Pandanglah dari sisi positif, kerja yang banyak, adalah tarbiyyah menguji iman dan diri. Kerja yang banyak adalah penyelamat kita bersenang lenang di pejabat. Kerja yang banyak menambah keberkatan rezeki. Kerja yang banyak dengan sibuk mengajar lebih baik duduk melepak mencari kerja apa yang patut dibuat atau bimbang akan terdorong bersembang-sembang hal-hal tak sepatutnya.
Tidak juga bermaksud, bila bekerja harus duduk melekat di meja, cuma beramanah dengan waktu kerja, melakukan usaha ke arah pembaikan mutu kerja. Bukan bermaksud harus serius segenap aspek di tempat kerja, tetapi ialah dengan menikmati setiap kerja yang dilakukan mendatangkan kebaikan dan harus yakin apa yang telah kita hasilkan adalah yang terbaik.
InsyaAllah Allah tahu niat kita, apa yang kita buat dan dimana masa kerja yang kita guna. Semoga hasil ganjaran yang kita tuai bukan sahaja di dunia, malah di akhirat. Setiap orang diuji sesuai dengan kemampuannya.
Amal Harun
Labuan
aku sokong, setiaP orang diuji sesuai dengan kemampuannya
ReplyDeleteya joy, aku tetap sokong kau!!!! .......amal
ReplyDelete