Ini bukanlah lebaran pertama saya pulang dengan susah payah, tetapi inilah lebaran yang banyak mengajar saya. Bukan senang memberi maaf.Saya mohon kepada Allah agar dosa diampunkan, agar amalan tak seberapa diterima sebagai bekal menghindar neraka.
Kadang kala niat kita baik, tetapi cara dan tingkah tidak kena akan menambah teruk situasi. Saya berterima kasih kepada sahabat yang memberi nasihat seperti ini:
"bila kita ada masalah dengan orang itu,kita selalu sangka orang itu yang salah lagi bermasalah tanpa kita sedar kita juga turut salah dan bermasalah". Runtuhkan tembok ego, refleks diri bahawa kita adalah hamba.
ini sajak nukilan Ustaz Pahrol yang saya salin dari blog beliau untuk dihayati.
BERILAH KEMAAFAN ITU
Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah
Ikatkan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwa kan terhibur
Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia
Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..