"Memasak!"
"Seni orator, menjadi wakil debat universiti"
"Sukan dan kejurulatihan" beberapa kemahiran yang disuarakan rakan-rakan.
Aku makin menggelabah memikirkan kemahiran diri. Menjahit, memasak, pengacaraan, menyanyi, sukan....semuanya bukan kemahiran diri malah kejahilan. Hendak dijawab penulisan, penulisan yang bukan ilmiah. Fotografi hanya minat yang sedikit.
Sampai namaku disebut, aku berjalan menuju timbalan pengarah lalu membisikkan sesuatu....
"saya hanya ada sijil pengurusan jenazah" kataku sambil menekup muka.
"tuan tolong jangan bagitahu orang lain!"
timbalan pengarah tersenyum lama..."dia kata, dia ada sijil pengurusan jenazah".
Sekali lagi aku digelakkan. Haish...malu!
"Bertenang. Itu kemahiran yang bagus, tetapi ia belum perlu untuk kolej kita" timbalan pengarah sendiri pun tergelak.
Tolong jangan gelak..ini fardhu kifayah!
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..