Sebelum subuh 4 Januari 2010, tangan tok, baby, mak dan ayah aku salam memohon restu. Malah hangatnya peluk cium bonda masih terasa mengiringi perjalananku ke lapangan terbang Bayan Lepas, dan tangan kasar ayah aku salam dan cium, kemudian sekali lagi terbang jauh ke kepulauan Borneo.
"Rezeki kau memang kat sana." Frasa biasa yang sering aku dengar apabila menjawab di mana aku berada.
Kami pensyarah baru, 44 orang dijemput warga KML di lapangan terbang. Kemudian bermula kembara setiap hari dalam sesi yang dinamakan orientasi. Hari berikutnya setiap orang dijemput ke atas pentas memberi ucapan. Akhirnya giliranku tiba dan axiety disorder itu datang bersama rembesan adrenalin.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera, diikuti " ucapanku terhenti seketika kerana rakan-rakan lain terkekek-kekek ketawa. Kemudian aku sambung lagi apabila teringat kata-kata Ustaz Hasrizal dan Pak Harfan dalam filem Lasykar Pelangi.
Jadi aku sambung lagi... "Bidang pendidikan dan KML adalah medan terbaik kepada kita untuk memberi. Maknakan diri dengan memberi. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyak."
kemudian terhenti lagi "menurut Stephen Covey dalam buku beliau The 8 Habits of Highly Effective Person, 'Begin with the end in mind'. Saya ingin berkongsi dengan anda bahawa langkah kita hari ini bermula dengan melihat matlamat akhir; iaitu mendidik dan melahirkan insan kamil. Sesungguhnya langkah kita bermula di KML!".
Sepantas kilat aku menuruni pentas sambil mengetuk rostrum menghilangkan debaran. Sekali lagi deraian ketawa seisi dewan.
Apa yang terjadi hari berikutnya: pelajar bercuti, menerima jadual, berpindah rumah, menjalani kehidupan selayaknya sebagai hamba Allah dan akhirnya ditemukan dengan kumpulan 'gila kamera'. Ya, fotografi adalah gabungan minat mendalam terhadap kemera, ekologi, sosiologi manusia, menulis di samping sebuah penghayatan terhadap penciptaan Yang Maha Hebat. Subhanallah!!
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..