Tuesday, 15 June 2010

Jangan tewas

Setelah saya mengenali latar belakang keluarganya, saya agak kaget, kagum dan sedih. Tanggungjawab, ujian yang dipikul olehnya terlalu berat. Tetapi Allah anugerahkan kebijaksanaan kepadanya, dia pandai dalam semua subjek kecuali agak lemah dalam pendidikan Islam kerana tidak pernah menerima pendidikan awal agama seperti menulis dan membaca jawi, begitu juga membaca Al-quran.

Saya mengajar Matematik di kelasnya, kelas nakal tetapi bijak-bijak, sekolah kampung. Saya lihat dia sering tidur, tetapi bila saya suruh dia selesaikan masalah matematik, dia bingkas menjawab walaupun matanya tertutup sebentar tadi. Saya lihat baju uniform yang dipakainya sudah lusuh dan kecil pula.

Saya tanyakan tentang keluarganya, tetapi dia malu. Jadi saya pun diam menghormatinya. Kemudian dia bersuara menyatakan ibu dan bapanya bercerai, dia dan adik-adiknya dibesarkan oleh ibu yang bekerja menoreh getah. Setiap kali cuti sekolah, dia turut menoreh getah membantu ibu. Inilah kisah dia, seorang pelajar berpotensi tinggi, hidup serba kekurangan di zaman serba berkemampuan tetapi memiliki jiwa dan semangat yang kental. Tuhan berilah kekuatan kepada anak muda ini. Biar dia sebijak namanya, membantu si ibu dan keluarga.

Melalui seorang guru di sekolah tersebut saya mendapati dia kini menyambung pengajian tingktan empat di SM Teknik Labuan. Syukurlah, semoga dia lebih baik di sana. Dan ketika saya mengetahui, saya ditugaskan bekerja di Labuan, saya bersyukur, mungkin saya boleh memantau pelajaran dia. Sejak Januari masa kerja mengekang saya untuk ke sekolahnya, selain saya sendiri tidak yakin adakah dia masih belajar di sekolah tersebut.

Sehinggalah suatu hari, saya menerima pesanan ringkas sempena hari guru:

hai cikgu, selamat hari guru ya cikgu. Walaupun hakim tak tau apa kerja cikgu sekarang, tang penting cikgu tetap cikgu hakim”

Mesej dia sungguh mengaharukan saya. Esoknya, setelah habis kerja, saya beli ayam goreng dan kentang putar. Saya ke sekolah tersebut dan meminta seorang pelajar untuk mencari Hakim. Dua minit kemudian dia muncul, sama seperti dulu.

Setengah jam saya bertanya perkembangan diri, pelajaran dan keluarganya.

“Cikgu, kaki aku patah, lama aku tak pi sekolah masa tingkatan empat, tahun ni SPM, aku nak cover mana yang terlepas, aku nak belajar bersungguh-sungguh, aku nak masuk matrikulasi tempat cikgu mengajar”

“Ya, insyaAllah, Allah akan sediakan tempat yang lebih baik untuk kau di sana, malah tempat yang lebih baik dari itu kalau kita ikhlas berusaha keranaNya. Kau harapan emak kau, belajar rajin..”

Sampai situ saja saya mampu berpesan. Saya tdak pernah mampu menmberi nasihat kepada mana-mana pelajar sekiranya ia berkaitan dengan ibu bapa, ia membuatkan saya sebak!

Begitulah pertemuan saya dengan seorang pelajar, saya beritahu kisah kehidupan Hakim yang serba kekurangan kepada emak saya, emak pula menangis. Terima kasih emak dan ayah, saya tak perlu susah macam Hakim, dan kepada Hakim, dia banyak mengajar saya bahawa apabila semua perkara tewas, harapan jangan pernah tewas!

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

Wahai nak adam, kepada siapa engkau mengadu sedangkan aku ialah tempat mengadu bagimu. Hingga bilakah engkau mahu melupaiku, sedangkan aku tidak menerima itu dari kamu?

Hingga bilakah engkau mahu kufurkan kepadaku sedangkan Aku tidak menzalimimu? Hingga bilakah engkau mengingkari nikmat-nikmatku, hingga bilakag engkau mahu meringan-ringankan kitabku sedangkan aku tidak menyuruh apa-apa yang engkau tidak mampu membuatnya?

Petikan hadis Qudsi, Kitab Imam Al-Ghazali menerusi U-turn Ke Jalan Lurus; Zul Ramli M.Razali, 2009

Amal Harun

WP Labuan.

Sunday, 16 May 2010

Fish eater


Happy teacher's day!

Early in the morning around 6 am Dira and i went to market. We planned long time ago to cook laksa penang. We have been in Labuan for 5 months and this is our first time going out to market as early as this morning.

Our aim is to get the fresh and cheap fish from the ship nearby the jetty. 1kg of Ikan kekisi is only RM4 while big prawn 1kg just RM13 rather then RM 18 from wet market. When we arrive there, lots of people crowd in the ship, bring our own plastic bag then grab the fish you want then que to pay. Unfortunately the squid is sold out!

Lets us see Nadhira's expression when we arrived the jetty beside the pork market.






Amal Harun
Labuan F.T



Saturday, 15 May 2010

Proses tarbiyyah itu seperti menggesek biola


Syaikh Muhammad Quthb menggambarkan proses tarbiyah dalam Islam seperti menggesek biola, "Ia menganalisa fitrah manusia itu secara cermat, lalu menggesek seluruh senar dan seluruh nada yang dimiliki oleh senar-senar itu, kemudian menggubahnya menjadi suara yang merdu. Di samping itu ia juga menggesek senar-senar secara menyeluruh, bukan satu demi satu yang akan menimbulkan suara sumbang dan tak serasi. Tidak pula menggeseknya hanya sebahagian dan mengabaikan bahagian yang lain, yang menyebabkan irama tidak sempurna, dan tidak mengungkapkan irama yang indah sampai ke tingkat gubahan yang paling mengesankan".

“Islam tidak hanya memberi konsumsi yang tepat pada setiap segi kemanusiaan, tetapi juga memberi takaran pada setiap bagian dengan tepat, tidak lebih dan tidak kurang. Setelah masing-masing menerima bagiannya secara tepat dengan takaran yang tepat pula, manusia bekerja dengan rajin, produktif dan aktif sepanjang hidupnya”,

copy and paste daripada note Ida Nur Laila isteri Cahyadi Takariawan