Thursday, 13 June 2013

My brother my buddy

Dinner dengan keluarga di Puncak Mutiara
Inilah abang saya. Abang kedua saya, Faiz Harun.

Masa kami kecil, dialah musuh saya. Tiada masa kami berdamai, sentiasa perang. Sampaikan saya panggil dia abu jahal dan dia panggil saya hindun...punyalah nak letak watak paling jahat. Masa kecik, minuman dalam peti ais mesti dicuri oleh abang saya. jadi air yang dia buat dan letak dalam peti ais, saya campurkan dengan kicap...hahaa. Kadang saya buat air tambah kicap, jadi macam air sarsi. Kalau duit saya kurang, saya syak bancik yang ambil, sebagai balasan, saya curi duit tabung dia.

Kalau saya naik basikal, saya pakai helmet motosikal ayah punya. Tapi bancik ambil buah kelapa dan campak ke kepala saya...wah berkesan memakai helmet, kepala saya okay. Masa saya masih baby, mak kata bancik selalu riba saya. Bancik kata, dia selalu jatuhkan saya sampai kepala saya bergegar, sebab tu la saya pandai..hahaaa. Kalau bergaduh, saya pernah kejar abang saya untuk balas dendam dan tendang kuat. Tiba-tiba, tuala dia terbuka, di depan rumah yang kebetulan mak saya turun van baru balik sekolah.

Setiap masa emak berdoa supaya perangai nakal dia berubah. Paling baik antara kami terhadap mak ialah Faiz Harun, sebab dia tak pernah melawan mak. Kalau saya atau yang lain, kami ada juga lawan cakap mak, tapi abang cik ni, akur dan mengaku walaupun tak mau dengar cakap mak.

Kalau apa-apa, arwah nenek Sabariah halang kami marahkan abang cik. Satu hari dia pasti berubah. Saya pun harap sangat Allah buka hati dia, pasti doa mak terkabul.

Masa dia ambil saya di airport Bayan Lepas, abang cik pakai jubah. Terkejut dibuatnya. Kami lapar dan berhenti tepi jalan, kedai char kueteaw kawan abang cik. Maka berjalanlah dia di tengah kesesakan jalan raya berjubah. Dalam kereta bancik kata, inilah gaya pulang ke pangkal jalan...insyaAllah.

Hari tu sebelum saya balik Labuan, sibuk uruskan perisapan kawin. Saya paksa abang cik ke klinik. Kaki dia bengkak, water retention. Saya temankan dia...barulah bancik berani. Puas ayah pujuk, tetap tak mau.

Masa jumpa doktor tekanan darah dia tinggi...148/92. Doktor bagi potasium chloride dan satu lagi saya lupa... ubat untuk urinate. Doktor pesan supaya banyak bergerak...senaman.

Hari ni bancik mesej saya laporan ujian darah dia. Kolestrol tinggi dan diberi lovastatin. Ubat yang ayah saya tengah makan sekarang. Hmmmm sedih saya...bancik, kalau hang baca ni...hang kena jaga kesihatan diri, rajin solat dan bimbing isteri hang. Banyakkan ke pengajian agama. Hargai masa muda untuk ibadah optimum. Tubuh badan kita adalah amanah Allah untuk kita terus buat ibadah.

Okay lah...semoga abang saya ni sihat. Saya janji akan belanja dia pegi umrah nanti. Kali ni biar bancik doa untuk mak pula depan baitullah. Mak selalu kata mak doakan bancik di kaabah.

I love you bro!

Amal Harun
Labuan

Monday, 10 June 2013

Dendam Pelajar Terlerai ..heheee

Ada kala saya ego dengan pelajar. Saya nak juga pelajar mengaku salah mereka. Selalu saya buat, saya bagi teguran, mesti begini begitu. Kemudian jika salah, saya bagi amaran...lepas tu tegur iaitu marah hmmmm marah. Tapi jika masih berdegil..haaaah rasakan..lantak kau laaa..ada aku kesah..aku banned kau hihiii. I have a lot more students, better in attitude and cleverer and very hardworking!!!!

Ya begitulah nada seorang guru yang ego, tidak mahu berlembut dengan pelajar...semakin lama saya bersikap begitu, saya rasa sesak dada..Lama-lama saya pon buat keputusan begini: tugas saya mendidik; iaitu menyampaikan ilmu kimia, kemahiran manipulatif, nilai murni dan nilai kehidupan berdasarkan pengalaman bergelar remaja dan pelajar dan sedikit nasihat berkaitan kerjaya.

Ewan nama sebenar, pelajar saya 2011/2012. Saya mengajar kuliah semester 2. Mengajar kuliah kelas fizikal subjek kimia organik sangat mencabar. Itulah kali pertama saya menagajar semester 2 secara penuh sepanjang semester. Semester kedua memang mencabar dari sudut pengajaran dan pengurusan disiplin pelajar. Pertama, pelajar fizikal tidak suka mengingat, hanya suka pengiraan, benci organik ringkasnya. Kedua, pelajar semester 2 sudah mulai pakar dalam aspek memonteng dan pengurusan jadual mereka, ditamah dengan pihak pengurusan kolej yang tidak serius dengan disiplin pelajar. Dulu laaa, sekarang dah lain...

Cabaran semester 2 dilalui dengan kegetiran hidup selepas kemalangan jalan raya, emosi tak stabil. Stress. Semua faktor negatif menyumbang kepada ketidakcemerlangan saya di kuliah lebih-lebih lagi. Saya juga kurang kreativiti mengajar dan perlu banyak lagi ilmu dan percubaan. Oh ya..kalau tidak keterlaluan, pada masa mengajar kuliah CP1 tersebut, suasana infrstrukturnya paling kasihan kerana dewan kuliah 6 kami tiada penyaman udara, bahang panas, bau busuk peluh, dan pernah kami belajar sambil mencium bau bangkai. Tak terbayang peritnya..semoga pelajar ingat kesusahan itu dan berusaha tanpa menjadikan faktor persekitaran sebagai penghalang kajayaan.

Jadi segala unsur ketidakselesaan dan emosi negatif menguasai saya dan pelajar. Saya salahkan pelajar sentiasa tidak faham apa yang diajar, manakala pelajar salahkan saya yang membosankan.

Zaman itu berlalu selaras dengan kedewasaan kami (saya sebgai guru dan mereka remaja yang menuntut ilmu).

Kenapakah tiba-tiba ada tulisan tentang pelajar ini. Hmmmm..begini..

Dia seorang yang suka ponteng kuliah saya, dan saya tidaklah kisah, malah saya katakan tak perlu datang 1 semester. Tapi dia datang la kadang-kadang sambil menjeling saya ketika melalui meja pensyarah di bilik kuliah. Oh tindakan itu sungguh menjengkelkan, nampak handsome tapi arghhh menyampah..tapi saya abaikan tanpa memikirkan lansung hal dia (kenapa meluat sangat dia kat saya).

Sehinggalah saya  menulis komen di status FB Fuad seorang pelajar tutorial saya..Rupanya dia kawan dengan budak CP1 saya seorang ni. Mereka rapat. Dalam komen tersebut saya katakan saya nak belajar cakap Sarawak, berniat mahu ke matrikulasi Sarawak. Tiba-tiba budak ni membalas dengan kata-kata yang biadap dalam bahasa Sarawak.Bukan sekali tetapi beberapa kali dizahirkan melalui kata-kata dan tindakan Barulah saya tahu dia benci saya sangat heheeee (aku kesah ke??)

Oh, saya mengajar orang tanpa bersikap RACIST. Terlupa pula saya tabiat sesetengah pelajar Sarawak. Yang macam tu sikit sangat..yang baik banyak. Setelah saya tahu kebencian dia terhada saya, saya pon ok la..tak perlu bertekak dengan orang muda berdarah panas. Dan sentimen kenegerian tu akan hilang sebab dia belajar dan bergaul dengan ramai orang dari merata tempat di universiti.

Tiba-tiba, setelah setahun lebih, dia mesej saya dan minta maaf..dia tak mahu berdendam lagi. Dia minta maaf sebab kurang ajar dengan saya.

Inilah jawapan saya: Sebenarnya saya tak perasan pon, marah masa tu saja..tapi lupa dahhh, sebab manusia belajar dari silap, nanti tahulah dia.

Bila macam ni, saya belajar untuk tidak beremosi..biarlah. Saya maafkan..dan saya juga minta maaf la..bergurau kasar dengan awak wahai pelajar tersebut.

Ok sudah-sudah.. mahu belajar Kimia pula.

Amal Harun
Labuan



Thursday, 6 June 2013

Save The Date

Assalamualaikum and Salam Sejahtera.

We joyfully invite you to our wedding celebration. On this day we will marry the one
we laugh with, live for, dream with, love.



Dear Guest, as i promise, here come our simple wedding invitation card. Can come on any sides, depend on your location. InsyaAllah will meet you there.

Muazzin's wife to be,
Amal Harun
Labuan.

Tuesday, 4 June 2013

Shout it Out

My dear Guests,

Please check the invitations one last time and make sure that there are no errors on the information.Come at  the right time date and venue heheee. Will upload the map and card soon.