Sunday 21 October 2012

Bab Kahwin


Untuk catatan kali ini, aku nak gunakan perkataan aku. Ia lebih menggambarkan keadaan sebenar aku dan sifat keakuan aku. Bukanlah aku keras kepala atau kasar membabi buta, tapi keluar dari sebalik bayang-bayang ke dunia nyata. Perghh melalut.

Semalam, aku telefon ayah. Ayah di kenduri arwah, macam tengah tahlil, ayah kata dia nak cakap sesuatu dari malam semalam. Tapi nak cakap sekarang, dia dalam majlis. Jadi aku kata nanti aku telefon semula.
Bila malam agak-agak selepas isyak waktu Kg.Aman Kepala Batas, aku telefon ayah lagi. Ayah kata di kedai, 5 minit lagi telefon semula. Aku sudah mula mengantuk sebab sakit kepala, kepala aku jadi ketat dan berat. Melepasi 5 minit aku lupa. Ayah telefon, aku tak jawab. Kemudian baru aku telefon ayah semula.

Seperti yang aku jangka, apa yang ayah nak cakap. Mestilah bab calon suami aku. Dah tahu sangat taktik ayah. Dulu disuruhnya aku baca kitab nikah zaman belajar, manalah aku baca sebab tulis arab. Lepas tu dia dan mak saling tolak menolak siapa yang nak cakap dengan aku. Mula-mula mak telefon, lepas tu mak tanya aku di mana dan buat apa, lepas tu ‘cover’ Tanya dah makan ke belum lepas tu kata bye. Pelik! 

Kemudian selepas beberapa ayah pulak telefon dan akan Tanya aku, mak ada telefon aku tak, apa mak cakap. Tapi masa tu aku tak hiraukan sangat. Sebab aku jauh dari mak dan ayah, aku ‘happy’ menghabiskan masa dengan kawan-kawan menjelang tahun akhir pengajian.

Perkara yang sama berlaku bila ada calon lain yang dijumpai. Ayah akan tanya bila aku nak balik, bila cuti sampai bila dan sebagainya. Kalau dia tak cakap, dia paksa mak cakap. Tapi sekarang ayah aku cakap direct dengan aku. Ada yang ayah kira dah nak jadi, lepas tu tak jadi. Ada yang mak berkenan, tapi ayah tak setuju. Semuanya berlaku antara perancangan mak dan ayah yang aku tahu setelah lama perkara tersebut terjadi. Kadang-kadang mak atau ayah terlepas cakap. Kadang-kadang adik bongsu aku yang pecahkan rahsia. Tapi aku buat-buat tak dengar saja. Bukan sebab aku tak mahu kawin. Tapi sebab takut kawin hahaa.

Aku takut bila aku kawin, nanti aku tak taat suami aku, bukankah berdosa. Jadi buat sementara waktu ni, biarlah selektif untuk mencari calon yang difikirkan boleh ditaati setelah menikah nanti. Bila mak dan ayah risau, aku akan jawab macam ni untuk tenangkan mereka, dan tenangkan diri aku sendiri.

“mak/ayah jangan la fikir banyak-banyak, stress tak ketahuan. Jangan dengar cakap orang, lantakla. Bukan Amal buat benda jahat pon. Allah dah letak jodoh dan masa yang terbaik. Kalau tak ada jodoh di dunia ni, bukannya hina,kita jadi la diri sendiri” kan mak dan ayah aku sering kena tazkirah ini walaupun ini saja aku ulang-ulang. Tak tahulah berdosa ke tak heheee..mak ayah ampunkan Amal.

Sekarang, ayah akan jawab balik aku punya so called ‘tazkirah’. Ikuti perbualan berikut:

“ni ayah nak bagitau, tok mat zaid (zaid tu kawan sekolah aku) ada seorang calon, orang kampung xx, jadi dia mintak tok mat zaid carikan calon bini” kata ayah direct to the point. Dah agak kan kan, sesak dada aku dibuatnya, adehhh.

“dah tu? Ayah kenal ka orang tu macam mana?” aku tanya ayah.

“Ayah dia dah tak ada, dia kerja xxx(tak boleh bagitau). Kemudian orang tua dia dah tak ada. Dia umur 25, tok mat zaid kata, dia (merujuk kepada aku) umur 26, alaaa beza sikit ja, bukan ada apa pun” begitulah penjelasan ayah berdasarkan sumber tok mat zaid.  Ayah aku pun particular bab umur ni, mentang-mentang dia lebih tua dari mak 8 tahun.

Kenapakah aku kata ayah particular bab umur? Sebab dulu masa aku pergi kenduri kawin Imad, dia tanya bini Imad tu umur berapa. Punyalah tak ada soalan lain ayah aku nak tanya. Aku pun kata la, Imad dan Dayah satu kelas, jadi kami semua ni sebaya. Ayah boleh pulak kata, “ooo jadi depa tu sama umur la”. Aku balas balik, ada masalahkah kalau sama umur??? Ayah hanya ketawa.

Sambung balik perkhabaran tok mat zaid. “ayah, orang serabut ni sekarang. Ayah cakap la kat tok mat zaid tu amal stress hahaa, budak-budak matriks nak exam, jadi dia serabut, tak boleh fikir” begitulah jawapan aku pada ayah. Ayah pun gelak-gelak. Mujur ayah tak paksa hehe.

“yalah, nanti subuh esok sure dia tanya ayah lah, nanti ayah bagitau macam tu kat dia” kata ayah.

“ayah tak payah la kecoh sangat, relax-relax sudahla.” Aku sedang komplen ayah. Kemudian ayah membidas dengan tegas.

“Ayah nak sampaikan amanah saja, perantara, aku jalankan tangungjawab aku” nada ayah sudah berubah. Alamak!

“okay, okay ayah bagitau macam tu tau. Lepas tu suruh dia pi cari calon kat zaid (cucu kesayangan tok mat zaid)” balas aku kepada ayah.

“ya, ayah akan kata bagi mat zaid la kawin dulu” ayah menghabiskan perbualan dan ketawa terkekek-kekek.

Aku berterima kasih kepada mak dan ayah aku. Terima kasih juga kepada tok mat zaid atas inisiatif beliau. Tok mat zaid ni kira ‘best friend’ jugak la kalau aku balik kampung pi solat di masjid. Tok dia kata mat zaid tak mau kat aku. Aku tak expect pun dia nak kat aku atau aku nak kat dia hehee.

Kemudian tok mat zaid selaku ahli qaryah tahu yang adik aku akan melansungkan perkahwinan tahun depan, jadi dia pun tanya aku bila pula mau kawin dan adakah sudah mempunyai calon. Aku anggap dia mahu menolong aku dan kasihankan aku. Kepada tok mat zaid yang mempunyai banyak gelang emas dan rantai emas, aku nak ucapkan terima kasih. Doakan aku.

Orang lain juga tertanya-tanya kenapakah aku kekal membujang begini. Mahu jadi anak dara tuakah?
Biarlah jawapan itu aku simpan di dalam peti di dalam hati dan dikunci rapi hahaa. Jawapannya ialah aku pemalu. Kalau adik-adik aku, depa akan kata aku memilih. Hehee tak kisahlah nak kata aku memilih atau apa pun kikii aku happy.

Memanglah kita kena memilih, ikan di pasar pun kita pilih, apa lagi calon isteri atau suami. Marilah aku kongsikan ciri lelaki yang mungkin akan menjadi kriteria kepada suami soleh, yang digemari oleh mak bapak mertua atau tok mat zaid.

1. Lelaki yang mempunyai sifat kepimpinan.
Bagaimana nak lihat sifat kepimpinan ini? Lihatlah apabila dia menyelesaikan masalah. Teknik menyelesaikan masalah adalah standard leadership value yang jelas untuk menilai kehebatan dan kejahilan seorang bakal pemimpin rumah tangga.

2.  Lelaki yang baik
Parameter kebaikan orang ialah jika nampak pelepah kelapa atau bangkai haiwan mati digilis kenderaan di tengah jalan, maka tatkala dia nampak dia akan member signal kereta, keluar dan alihkan. Itulah tanda iman paling bawah, Maknanya dia ada iman. Jadi dia baikla kan kan.

Baik juga ialah dia tidak mengkritik, ada riwayat mengatakan, cukuplah seseorang itu dianggap jahat apabila dia mengkritik rezeki yang dihidangkan. Nabi tak pernah kritik makanan walaupun tak sedap. Sebab masakan aku selalunya tidak sedap hehe tapi kadang-kadang sedap menjilat jari.

3. Tidak merokok dan tidak memakai seluar pendek.

Di pandangan mata aku, lelaki yang memakai seluar pendek kemudian merokok ialah lelaki yang memiliki tahap ketamadunan yang rendah. Nanti dia akan memantau isteri agar isteri tutup aurat, kalau dia pakai seluar pendek mungkin dia tak kisah isteri tak tutup aurat. Payah juga, kalau suami pakai seluar pendek nampak kepala lutut, kemudia arahkan isteri pakai stoking tutup aurat kaki. Dan merokok adalah tanda kebengapan suami, kerana isteri dan anak-anak akan menjadi perokok sekunder,  yakni menghirup asap rokok lebih bahaya berlipat kali ganda dari merokok.

4. Lelaki yang masih muda tetapi beribadah seperti orang tua yang hampir mati.

5. Lelaki yang masih muda tetapi selalu lepak di masjid macam orang tua yang takutkan mati.
Kawin kan bina masjid, jadi macam mana nak bina masjid kalau tak ke masjid?

6. Lelaki yang menangis ketika bersunyi kerana takutkan Allah.

7.  Lelaki yang tangan kirinya tidak tahu menahu.
Maknanya dia ikhlas. Macam mana nak tahu dia ikhlas buat sesuatu? Iiatu dengan melihat konsistesinya melakukan sesuatu kebaikan.

8.Lelaki yang bertemu kerana Allah.

Okay, itu sahaja. Ini bukanlah tips yang aku reka. Ia berdasarkan pembacaan dan pengamatan aku terhadap fenomena semasa. Perlukan pemimpin sebuah keluarga untuk membina generasi masa hadapan, barulah ummah membela Islam bukan rosakkan Islam.

Tidak salahkan memilih setelah membaca panduan di atas? Memilih bukanlah cerewet, seperti mesti ada jutaan ringgit, lulusan sarjana dan mesti dekat dengan kampung. Baiklah diharap ia menjadi panduan. Biarlah lambat, sebab Allah sudah tentukan masa terbaik, kita hanya merancang dan berusaha jadi baik.

InsyaAllah janji Allah pasti!
Amal Harun
Labuan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..