Kisah Kak Tipah (bukan nama sebenar)
"dulu akak keje di kantin pejabat daerah, segala hakim, peguam, polis atau penjenayah makan di sana." kak Tipah bukan nama sebenar berkongsi kisah dia kerja sementara menunggu STPM.
"semua keje akak buat, blajo buat air dari orang indon, hidang makanan, kira duit, ada sekali tu malu la sebab salah kira, serupa aku ni bodoh sangat, maklum la yang datang tu kerani-kerani pejabat daerah, orang-orang besar"
Biasalah, kita mudah menilai orang di pandangan mata.
Kisah aku di Pacific
"Amal, masuk bilik supervisor sekarang" perintah satu suara yang hari-hari mencari mangsa untuk dimarahi.
"Macam mana awak kira stok, tulis pon tak betul!! Ini tengok ni" sambil menghulur laporan stok.
"Ini '5' atau 's'????" dia tengking saya.
"5 encik" saya jawab.
"awak tak sekolah? 5 dengan s pon tak reti nak beza, tulis tu biar elok" dan banyak lagi kata-kata kesat yang tak sepadan dengan kesalahan saya menulis 5 seperti s.
"saya mengaku tulisan saya buruk" malas melayan.
Biasalah orang kalau pangkat atas sikit, suka meninggi diri nak tunjuk kuasa, padahal tak ada apa sangat pun, saya memarahi dalam hati.
Kisah Pencuci
"hai Miss Amal, good morning" terpekik-pekik 2 orang pelajar lelaki dari jauh. Begitulah mesranya mereka dan saya hanya mengangguk dan membalas senyuman.
Tetapi di hadapan saya dan lebih hampir dengan mereka ialah seorang tukang sapu dan pencuci tandas. Saya mungkin akan berkecil hati kalau saya berada di tempat si pencuci kerana lansung tidak disapa pelajar. Hanya kerana saya tidak mengajar dan mencuci tandas.
Saya ingatkan diri dan pelajar, sapalah sesiapa sahaja pensyarah yang mengajar atau tidak mengajar kamu, sapalah kerani, tukang sapu, tukang kebun atau pencuci tandas sekalipun. Hormatilah kita sesama manusia, bayangkan saja kita ditempat mereka wahai pelajar. Dan bayangkan saja kalau di antara tukang kebun atau pencuci tandas itu ayah atau ibu kita.
Hormatilah siapa sahaja di sekeliling kita, kita manusia semuanya sama tanpa mengira status pekerjaan atau harta, kita sama, yang beza hanya takwa.
Amal Harun
Labuan
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..