Sunday, 8 March 2009

PPSMI dan pencemaran bahasa

Sungguh sedih membaca isu PPSMI. Tempias PPSMI terlalu kuat mengena pada golongan pelajar, pendidik, ibu bapa dan para cendiakawan Malaysia. Apa kesudahannya? Saya tidak tahu memberi ulasan ia sekadar perkongsian lantaran ilmu saya yang sedikit. Anda boleh lihat serta menilai baik dan buruknya PPSMI.

Kuliah pengurusan pendidikan saya diajar oleh Dr. Ling, bahan pengajaran dalam bahasa Inggeris namun beliau lebih selesa bertutur dalam bahasa melayu biarpun pelat dengan bahasa cina. Suatu ketika, Dr.Ling meminta seorang rakan sekuliah memberi penjelasan, beliau menjawab dalam bahasa inggeris. Kemudian Dr. Ling meminta beliau menggunakan bahasa melayu. Beliau cuba memberi penjelasan dalam bahasa melayu tetapi gagal walaupun dicuba beberapa kali, mungkin beliau sudah lama meninggalkan pengajian bahasa melayu peringkat SPM dan beliau bukan seorang Melayu, itu tidak menghairankan. Dr.Ling bertanya sama ada inikah kesan PPSMI?

Bagaimana pula di kalangan kawan saya yang beria benar berhasa inggeris, saya cuba selami pendapat beliau. Kesimpulannya, dia lebih selesa bertutur bahasa itu walaupun memang orang melayu, saya terima dengan fikiran terbuka kerana melalui pemerhatian saya, beliau terlalu banyak membaca bahan berbahasa inggeris.

Kemudian golongan lain pula, golongan yang menghampakan! “ko rasa kan baju mana yang patut aku beli ba so that people can see me during the dinner , aku harap boleh attract orang that night.”

Hentikan pencemaran bahasa, kata kawan saya golongan yang satu ini mahu menunjukkan keintelektualan mereka, jadi mereka perlu berbahasa inggeris. Perlukah?

Dua orang yang bergelar professor yang sangat saya kenal dalam hidup sangat menjaga bahasa. Sesama orang melayu, ahli keluarga dan masyarakat sekitar , bahasa melayu menjadi pilihan. Saya tidak pernah mendengar beliau menggunakan bahasa inggeris sehinggalah saya mengahadiri sesi orientasi pascasiswazah. Itulah pertama kali saya mendengar beliau menggunakan 100% bahasa inggeris sebagai komunikasi, malah sangat baik kerana terdapat pelajar antarabangsa dalam sesi tersebut.

Tahap keintelektualan anda tidak jatuh andai berbahsa melayu juga. Ikut resmi padi, makin berisi tunduk ke bumi. Saya bukan menolak bahasa itu, namun usah menjadi agen pencemar bahasa!

3 comments:

  1. betul juga...pencemaran bahasa sudah menjadi norma masyarakat..

    ReplyDelete
  2. cikgu amal,
    cikgu irsha pun menyokonh pendapat anda..
    kita dah merasai bagaimana mengajar pelajar luar bandar..bagaimana daifnya mereka bertatih dalam bi..
    bila mate & sains dlm bi bagaimana nasib mrk?
    jika dl mrk gagal dlm bi..skrg mrk gagal dlm bi, mate & sains..alangkah ruginya..
    jika bi yg menjadi kekurangan pelajar, knp x ditingkatkan saja kurikulum bi?
    knp mst menghukum mate & sains?
    jika pendidikan di politikkan, inilah mslhnya..
    setiap kata2 pemimpin bagaikan kata2 hikmat yg harus dituruti..yg menderita adalah kanak2 yg tidak berdosa yang dahagakan ilmu..
    opps..terpanjg plak..sori mal..hehe

    ReplyDelete
  3. cynafitra, terlalu ban.yak.

    irsha, it demolish all their result as well as their self esteem, they dont want to study anymore, any subject as long as it is in english except kemahiran hidup and pendidikan jasmani

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..