Thursday, 27 October 2011

Moon represent my heart

Saya akhirnya membuat keputusan, tidak tahu atas dasar apa tetapi ia kelihatan menyalahi etika kerana melibatkan kerja. Saya sangat mahu ke TOT Aman Palestin. Maka saya harus meninggalkan mesyuarat unit Kimia, Kursus Penulisan, hari keluarga jabatan saind dan jemputan hari lahir Alya, puteri comel Kak Amal Hayati, rakan pensyarah unit Kimia.

Apa yang menanti di Kota Kinabalu jika saya ke sana??

Saya mahu berjumpa Ainil, Kak Lin dan akhawwat KK, Dr.Sabariah, Jojina iaitu rakan sekolah rendah saya sekarang sebagai HO di Hospital Likas dan paling tak sabar ialah mantan pelajar-pelajat F4T21. Sepertinya akan ada Grand reunion.

Saya harap tindakan saya tidak membawa natijah buruk. Sebab niat saya ke sana mahu mengikuti TOT Aman Palestin oleh Mejar Nazri. Ini juga dapat menjadi penebus kegagalan saya ke KK minggu lalu. Saya bertawakkal esok dan akan maklumkan ketua saya.

Oh ya, dengarkan lagu Teresa Teng. Lagu ini adalah terjemahan hati saya dan anda mungkin.

Lemau

Saya memulakan hari ini dengan kekesalan tidak bangun sahur dan tidak larat untuk ganti puasa. Kemudian saya sediakan sarapan sendiri, bosan dengan makanan kafe. Terasa suatu kepelikan di leher kiri saya, aduh sakit.

2 hari sebelum ini belikat kanan saya sakit gara-gara bermain skuasy tanpa membuat regangan. Saya mulai perasan kesakitan tersebut ketika memakai baju dan memberi salam selesai solat. Apabila kesakitan itu mulai reda, satu lagi sakit di leher dan bahu sebelah kiri. Ini pula disebabkan kesilapan gaya tidur, kata orang kebanyakan salah bantal. Tapi saya tak salahkan bantal, salah saya sendiri. Secara keseluruhannya saya gagal menoleh ke kanan dengan baik apatah lagi ke kiri, saya harus pusingkan badan sekali jika mahu menoleh. Ia semestinya sakit!

Apabila rakan-rakan sepejabat menegur, saya bagitahu salah tidur. Berikut merupakan cadangan mereka yang begitu popular setiap kali bertanya saya, apa jadi. Maka inilah petua mereka;

"kau jemur bantal kau" hampir semua memberi petua tersebut. Google juga memberi idea yang sama.

Masalahnya saya di pejabat dan tak mungkin dapat pulang segera untuk menjemur bantal, terpaksa tunggu petang. Dan saya tak tahu mana satu bantal yang bersalah, sebab saya 4 bantal kalau tidur!

Cepatlah petang, saya nak balik rumah.
Mencuri taip di pejabat. Ketika motivasi bekerja tahap rendah. Saya perlukan momentum kerjaya dengan lebih bersemangat, bukan lemau macam ini. Gambatte !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, 26 October 2011

Dilema yang membuntukan

Assalamualaikum.

Saya rindu menulis, tetapi saya akan delete setelah selesai menulis. Saya akui menulis di sini antara penawar depresi dan pencetus depresi. Selalu saya tamatkan misi untuk menulis kerana memaksa diri banyak membaca dari menulis.

Jika selepas solat maghrib dan isyak, saya akan menangis. Banyak halangan saya hendak ke Kota Kinabalu. Terbaru, Jumaat ini saya dipanggil mengahdiri Kursus Asas Penulisan Berita, tetapi pada masa yang sama saya juga harus menghadiri mesyuarat unit Kimia. Juga pada masa yang sama, saya merancang bertolak ke Kota Kinabalu.

Kursus Penulisan memang yang saya harapkan tetapi di Kota Kinabalu akan berlansung Training of Trainer Aman Palestin. Sudah lama saya nantikan kedua-duanya.

Kemudian sabtu yang bakal menjelma pula saya diminta bertugas menjadi jurukamera Hari Keluarga Jabatan Sains. Petang tadi ketika kepala saya berbinau menjawab soalan Kimia pelajar pada tekanan darah yang rendah, Encik Ramdanshah datang.

"Amal, hang kena tolong saya, saya tak mampu ambil gambar seorang, letih la"

Saya tidak mampu berkata tidak, sedang memikirkan bagaimana mencari jalan memberi tahu hasrat hati saya. Saya sedar saya harus memilih. Saya tidak mampu untuk meletakkan diri dalam semua situasi pada masa yang sama di tambah dengan kekangan masa, kesihatan dan keadaan geografi Labuan.

Jika saya memilih salah satu, saya akan kehilangan yang satu lagi. Jika saya memilih yang satu lagi, saya bakal menerima satu lagi akibat kerana berkaitan kerja. Tetapi Palestin...... ah, saya buntu!

Saya buntu.
Amal Harun
Labuan.