Wednesday, 4 November 2015

Anakku, Allah menjagamu

Pagi-pagi waktu dalam kereta mama riba Mus'ab, sambil mama bacakan ayat-ayat lazim seperti fatihah, al-ikhlas, falaq dan nas. Lepas tu mama hembuskan ke kepala Mus'ab, amalan ini diriwayatkan dalam hadis nabi tentang meminta perlindungan dari Allah ketika nak tidur. Tapi mama buat jugalah bila-bila teringat dan tak kira masa.

Bila baba belok masuk ke taman rumah makcik yang mengasuh Mus'ab, wajah kamu dah nampak stress, kerut-kerut kening dan diakhiri dengan tangisan kuat. Mama akan pesan, insyaAllah petang nanti mama ambil, mama kerja di office, mama itu dan ini, Mus'ab kuat, baik, anak soleh dan Allah akan jagan Mus'ab. Mus'ab mesti minum susu dan makan okay. 

Haaa begitulah suasana berperang dengan perasaan. Bila lepaskan dia dari dukungan, mama pura-pura tak sedih. Mama ada cara bagaimana nak atasi perasaan ini. Bukan mama gembira saat melepaskan kamu, bukan mama tak sayang atau suka tinggalkan Mus'ab dengan orang lain. Tapi mama kuatkan hati tau, nangis pon dalam hati, nak bersuara tak boleh, nanti baba bebel.

Macam mana cara mama kuatkan hati? Semoga boleh jadi perkongsian untuk ibu bekerjaya yang lain.

1. Yakinkan sepenuh hati bahawa Allah maha menjaga hambanya. Jaga kita semasa bekerja, jaga anak semasa ditinggalkan hatta jaga kita bersama walau ke mana saja. Jaga iman, keselamatan dan kesihatan. Jaga daripada perbuatan khianat dan aniaya org jahat. Hati kita hanya bersandar pada Allah. 

Memang terfikir segala negatif, tapi tepis cepat-cepat, istigfar dan terus doa kepada Allah. 

2. Ingat ada orang lain yang jauh lebih hebat ujiannya.

Bila mama hantar Mus'ab, dalam fikiran okay petang boleh ambil. Tapi ingat kawan mama kerja dengan syarikat cari gali minyak, kalau offshore berhari-hari, kena naik bot pergi laut, dari laut ke platform kena lompat macam tarzan, belum kira faktor cuaca. Dalam kondisi begitu, masih teruskan pam susu untuk buat stok dan nak bagi maintain susu badan terus terhasil. 

Kemudian mama ingat balik kawan mama yang doktor kena oncall. Tinggal anak mereka 36-48jam. Kemudian jumpa anak dalam keadaan mengantuk dan letih. Di tempat kerja mereka penuh dengan stres dan menuntut kesabaran yang tinggi. Mereka kena jaga anak orang lain, sedang anak mereka tidak dijaga. Tawakkal mereka kepada Allah sungguh tinggi ketika bertarung menyelamatkan pesakit, pada masa yang sama anak entah bagaimana.

Banyak lagi ibu bapa yang lain, hantar anak di pagi yang masih gelap, dan kemudian berjumpa anak di pon bila dah gelap.

Dalam pada itu, mereka masih giat dengan aktiviti dakwah dan tarbiyah pada hujung minggu sambil kilik anak ke sana ke mari.

Kita jauh beruntung Mus'ab, mama hantar kamu dalam jam 730 pagi dah panas terik, kemudian ambil petang jam 4, lepas tu kita boleh pergi minum petang, pergi main pantai atau paling koman pon mama bawa ke playground.Mus'ab paling suka main see saw dan kuda yang goyang-goyang tu.Mus'ab pon dah pandai turun slide sendiri, walapun slide tu macam tunnel gelap dan berputar-putar.

Bila balik rumah mama atau baba mandikan Mus'ab, mama sempat masak makanan untuk makan malam dan bekal kamu esok. Tapi tu kalau mama rajin, kalau malas, baba kata jom keluar. Sempat juga isyak mama dan baba bawa kamu ke masjid walaupun kamu tak masuk saf, dan hanya duduk dengan kakak-kakak student yang tak boleh solat. 

Semua itu nikmat masa yang Allah anugerahkan buat mama dan baba. Tak perlu kerja lebih masa, tak perlu outstation malah tak ada oncall !

Itu pun mama masih mengeluh kadang-kadang, letih, malas, dan kata tak cukup masa.

Oh, i take it for granted. Mama mohon maaf Mus'ab. Banyak khilaf mama dalam membesarkan dan mendidik Mus'ab.

Mama ingat masa kecil dulu, mama cukup jelous dengan kawan-kawan yang emak mereka tak kerja. Baju mereka digosok oleh mak mereka, ada bekal tersedia dan balik rumah terus jumpa mak mereka. Mama pula kena tunggu sitti balik kerja. Masa tu manalah tahu, itulah emak yang bertungkus-lumus menyara keluarga.

Semoga Allah jaga kita biar berjauhan, tapi kita dekat dalam doa. Yakinlah, Allah sentiasa jaga kita bila kita jaga Allah.


Ihfadzillah yahfazuka.

Mama

87027 Labuan



Thursday, 15 October 2015

Murder your Darlings

Suasana bilik sejuk dirasakan panas, perut aku memulas macam nak cirit. Semua ini terjadi ketika mendengar 'pertuduhan' dari pihak atasan mengenai tindakan aku memberikan markah rendah kepada pelajar. Namun aku gagahkan demi prinsip menjaga amanah dalam kerja. Aku rasakan ramai yang maklum fenomena yang berlaku di kalangan pelajar, namun sikap 'play safe' benar-benar menyelamatkan mereka daripada berada dalam situasi aku seperti sekarang.

Walaubagaimanapun, tindakan aku adalah beserta bukti dan tidak membabi buta. 20% peruntukan markah adalah markah daya usaha yang cikgu boleh nilai, kiranya tak pandai pon tak mengapa, asalkan ada inisiatif. InsyaAllah peluang berjaya masih ada.

Disebabkan aku tidak mahu 'play safe', maka aku mengambil jalan 'put yourself into the fire'. Istilah ini aku reka sebab nak menampakkan betapa gundah gulanya hidupku sejak kejadian itu. Dan sesungguhnya semester ini amatlah sukar sepanjang 6 tahun berkhidmat.

Aku harus mendepani cabaran mengajar pelajar PDT pelajar yang ponteng dan lemah dan kegagalan pelajar menyelesaikan tugasan. Ia biasa. Tapi sungguh kasihan, apabila saban hari berjumpa dengan mereka, motivasi mengajar dan tenaga menjadi lumpuh akibat masalah tingkah laku sahaja. Minggu demi minggu dilalui dengan tabah (walaupun ada amukan niyang rapik), tapi semua itu digagahi sebab memikirkan, mereka lemah, mereka nak belajar, abaikan yang tak mahu belajar, esok lusa anak kau pula nak belajar.

Berbalik kepada kepala cerita di awal tadi, aku memang sakit perut menahan cirit, peluh memercik menahan sabar mendengar idea-idea orang atasanku. Aku hanya anggap beliau telah lupa daratan dan cakapnya aku dulu dan kini aku ingat sebiji sebiji, semuanya tak selari!!

Aku diam lalu meminta diri, sebab aku ada kelas lagi yang perlu dihadiri. Ada masa lagi, fikiran sungguh terganggu, aku tangguhkan niat nak tercirit tadi, aku baca quran dan minum air masak banyak-banyak sebelum mengajar. Selepas kelas, aku rasa tenang dan gembira seperti biasa. Tapi 'body stress' aku belum hilang. Aku pecut balik rumah dan segera ke tandas. Solat dan makan. Bayangkan semasa makan, aku menangis tak dapat tahan air mata. Perjuanganku sia-sia. Makan laju-laju sebab tak sempat dah, kena pergi kelas satu lagi. Susu pon tak sempat pam, stok susu Mus'ab pon dah habis.

Jadi di sini aku curahkan segala. Tindakan aku memberi markah adalah markah berdasarkan tugasan yang diberi. Didapati pelajar tersebut masih tidak hantar dan tidak mengendahkan, aku beri amaran lagi. Namun sia-sia. Belum lagi dengan masalah ponteng dan sikap mereka dalam kelas. Akhir sekali masa memberi markah telah tamat, aku tekadkan diri tiada lagi peluang akhir. Aku simpulkan bahawa sebenarnya mereka sendiri yang mencelakakan diri, mereka sendiri yang memilih untuk tidak ditolong walaupun 20% itu adalah salah satu bentuk pertolongan berbanding pertolongan lain. Dan mereka sendiri sudah tidak berminat belajar.

Aku tulis segala tugasan yang aku sediakan, dengan harapan, jika mereka usahakan, ia akan membawa pulangan baik buat mereka sebagai penuntut ilmu. Malangnya, aku hanya syok sendiri. Aku juga rekodkan kehadiran sebagai bukti. Dalam kelas amaran dan nasihat bersilih ganti agar mengubah sikap, memperbaiki diri dan meningkatkan potensi diri, tapi semua tu tak dipeduli. Pernah aku laporkan kepada ketua jabatan, mereka dipanggil dan diberi amaran, tapi tak jalan. Mereka juga diugut, tapi aku tak percaya akan ugutan itu sebab sejarah menjadi bukti, semua di sini akan dilindungi walau bagaimana budi pekerti, akademik mahupun sikap kendiri.

Akhirnya, itu sajalah yang dapatku tolong, buat apa dibela. Kalau aku bagi markah tinggi demi aku nak 'play safe', akan berlaku 'domino effect'.

Camni, bayangkan kalau mereka dapat markah tinggi, gred pon 'so so' bagus, walau hakikatnya kita sendiri tahu tahap mereka, mereka pula ditawarkan ke universiti, membawa gred yang 'so so', juga membawa sikap acuh tak acuh belajar, juga membawa masalah konsep asas yang tak selesai sejak sekolah menengah, mereka sebenarnya telah memburukkan nama institusi dan sistem pendidikan yang telah mereka lalui sebelum ini.

Bukan itu sahaja, tempat yang mereka dapat sepatutnya diisi dengan orang yang lebih layak yakni orang yang mahu belajar dan berusaha, namun disebabkan 'play safe', mahukan ranking baik dan lain-lain bentuk pengharapan sementara, maka natijahnya amatlah buruk dan amat menjijikan dilakukan oleh golongan pendidik.

Sepatutnya, kita harus lebih amanah, jika mereka terang-terangan memilih untuk tidak mahu belajar lepaskan dengan cara baik, beritahulah ada jalan lain yang baik untuk mereka, dan dengan itu, kita tak perlu bazirkan duit kerajaan membiaya golongan minoriti ini.

Perjuangan ini dilihat tidak memberi impak pon, malah akan terus dikutuk kerana menentang arus dan menyusahkan orang-orang atasan. Akibatnya, diri sendiri juga akan terkena bahangnya, itu paling pasti. Bagaimana? Pencapaian cikgu dinilai berdasarkan pencapapaian pelajar, jadi salah satunya selain mengajar ialah berikan markah tinggi walaupun itu pelajar bermasalah, demi selamatkan diri. Itulah sifir mudah.

Aku tak menyentuh tindakan mana-mana pihak. Itu hak mereka, timbang tara mereka dan hujah mereka. Aku punya pendirian. Hanya pelajar yang berusaha dapat apa yang mereka impikan. Kita punya nilai kemanusiaan, nilai kemanusiaanku ialah mendidik mereka dari awal agar berusaha, memupuk semangat belajar dan menyampaikan ilmu. Bukan pada memberi markah pada yang tak mahu ditolong. Sekurang-kurangnya pelajar patut adalah sedikit rasa tanggungjawab pada diri atau ingatkan kesusahan ibu bapa. Namun itu tak terjadi.

Aku menyimpan tulisan ini untuk masa yang lama setelah peristiwa ini berlalu. Hari ini aku siarkan setelah membaca dan berdikir berulang kali agar tiada unsur emosi. 

Mestilah emosi mengajar, tapi aku pupuk emosi yang positif. Bahawa mereka insan yang datang dari jauh menimba ilmu. Semoga Allah berkati ilmu dan hidup. Aku turut merenung diri menginsafi kelemahan diri ketika mengajar. Kurangnya sabar, kurangnya ilmu pedagogi dan ilmu kimia..ya aku janji setiap hari aku perbaiki. Aku berusaha hari demi hari mencapai yang terbaik dan tertinggi.

Kenapa murder your darling.. Nanti aku kongsikan...bersambung jika aku rajin

Amal Harun
Jelebu

Tuesday, 28 July 2015

Meroyan Dalam Hati

Today is my first day class after a long mid semester break. This semester, i choose to challenge myself by teaching PDT students. They are weaker students compared to PST students. Sometimes weaker but most of the time weakest then others..

So today, what brings me to write on my blog? Meroyan!!!

Sudah tidak sanggup lagi meluahkan pada suami atau rakan. Masing-masing punya masalah tersendiri, dan alaaahh normallah kalau pelajar malas atau tak pandai, what do you expect??  kalau pandai dia tak masuk PDT. Betul jugalah. 

But still i want to burst my emotion, my anger and my frustration towards these peoples.

Geraaammmm tapi haruslah sabar, tak berbaloi sakit kepala kerana orang yang tak mahu belajar, tak mahu usaha, malah bodoh sombong pon ada.

Ok, back to my class. We have 2 hours lab today, since 3?experiments were complete for this sem, this 2 hours should not be wasted, they have to complete their tutorials.

Basically in tutorial, i give a short explaination regarding short topic to learn. So today, i decided to explain Galvanic Cell.

I ask students, have they try to answer or solve the question? I was shocked and frust until no limit huhuuuu.. When only 1 of them had tried, and all of them were still in thermochemistry!! 

It was unexpected when they;

1. still at thermochemistry, just stop where the tutorial lecturer stop during previous class about last 2 weeks.

2. Zero effort to solve electrochemistry when electrochemistry lecture was over almost last 2 weeks.

3. 3rd chapter lecture has started for 1 hour, but galvanic cell still zero, havent touch the question at All!

Kepada insan yang bakal masuk PDT matrikulasi, sedarlah... Pensyarah bermati-matian mengajar, menyuapkan segala yang boleh disuap, mengajar dari perkar basic tingkatan 4 kerana pensyarah percaya, jika basic tak kuat, maka bagaimana nak apply untuk konsep yang lebih kompleks.

Pensyarah di matrikulasi nampak saja relax, tapi mereka mengajar pelajar seperti tahap tingkatan dan pada masa yang sama nak menyediakan pelajar yang berdaya saing di universiti dalam tempoh setahun atau 2 tahun!

Dalam pada pensyarah bermati-matian ajar dalam kelas, emak dan ayah bekerja keras menyara pengajian di sini, kerajaan yang menyediakan prasarana kemudahan belajar dan membayar gaji pensyarah dan lain-lain, begitu juga dengan orang awam yang membayar cukai agar kerajaan dapat menyediakan fasiliti pendidikan, anda masih cuai. 

Berapa ramaikah orangbyang telah anda khianati disebabkan sikap tidak acuh belajar, sikap malas dan gemar berhibur sepanjang masa?

Jika orang lain anda khianati tidak mengapalah, tapi diri anda sendiri pon anda khianati dan zalimi, tiada siapa lagi yang dapat menolong anda.

Jika anda terbaca apa yang ditulis oleh saya hari ini di sini, dan anda tergoling sebagai pelajar PDT yang malas lagi lembap, bercita-cita untuk ponteng kelas dan merancang mahu 4.0 setiap semester, berdoalah agar Allah beri kekuatan kepada anda untuk bertaubat, insaf dan mahu berubah.

Berubahlah sebelum terlambat.

Sakit kepala dah kurang sikit, sebab dah menghamburkan kekesalan. Aku doa supaya aku terus kuat mengajar, tak harapkan pulangan apa pon, hanya pohon agar bersabar sebagai cikgu kimia forever.

Amekowww nak sangat ajar PDT kan...

Titik