Friday, 4 November 2011

Walimah's

Usia saya sekarang memang melayakkan kahwin, tapi belum ya, ini kisah kawan-kawan saya. Menjelang bulan November, berikut ialah senarai jemputan walimah sahabat-sahabat saya.

1. Zahir dan Rehan (Muar, 13 Nov 2011)
2. Widad dan Firdaus ( Gombak, 20Nov 2011)
3. Syafiqa dan Steve (Kluang 20 Nov, Papar 3Dis 2011)
4. Haida dan Farid (Manek Urai, Kuala Krai 20 Nov 2011)
5. Amy Syafika dan Zamri (Kepala Batas, 12 Nov 2011)
6. Faiz dan Efi (Tanah Merah, 22 Nov 2011)
7. Bibi dan pasangan (Menggatal Kota Kinabalu, 5hb Nov kalau tak silap huhu)
8. Nurlina dan Hasani (13 Nov 2011, Tawau)

Mungkin setakat itu sahaja yang saya ingat buat masa ini. Kekangan masa dan batas geografi mengahalang saya mengahdiri semua walimah mereka. 20 November saya akan mula berangkat balik ke Labuan. 21 Nov pula sudah memulakan kuliah pertama semester 2.

Kepada sahabat-sahabat saya yang bakal mengharungi hari-hari bahagia, selamat pengantin baru, semoga anda semua bahagia menjalani kehidupan pada masa akan datang, semoga kebahagiaan ialah jalan ke syurga, semoga bait muslim yang dibina akan melahirkan generasi soleh solehah pembaik deen. InsyaAllah, Baarakallahulakum wa jama' bainakum fi khayr.

"eh Amal, kau bila lagi nak tampal kad macam ni" usik senior-senior saya ketika melalu papan notis di menara pentadbiran.

"soon or later" tak tahu apa lagi nak jawab kan?

Ok lah, seterusnya akan lebih berusaha, berlapang dada dan berserah selebihnya atas ketetapan Allah.

Salam penuh rahmah, mawaddah dan sakinah. Oh ya, untuk anda, dengarkan lagu ini, sedih pula teringat mak dan ayah.


Hidup bagaikan musafir.
Amal Harun
Labuan-Kota Kinabalu- Penang

Tuesday, 1 November 2011

Kembara Palestin Day 1: Keputusan Berani

Abang saya menghantar ke terminal sesudah selesai solat Jumaat.Jalan raya sesak. Sudah 2 kali saya mandi hari ini, panas sungguh. Tadi menjaga peperiksaan, panasnya tidak tertahan. Peluh mencurah. Saya minum hampir 1.5 liter sepanjang 2 jam menjaga peperiksaan. Bagaimana rasa agaknya pelajar yang menjawab, sudahlah panas, soalan susah atau senang?

Saya kerja separuh hari, Saya maklumkan ketua unit saya. Petang ini saya sepatutnya menghadiri mesyuarat unit Kimia, pada masa yang sama perlu menghadiri kursus penulisan asas berita. Nampaknya, kedua-dua agenda terusbut digantikan dengan agenda ke Kota Kinabalu. Sabtu juga terpaksa saya pontengkan diri menghadiri hari keluarga jabatan Sains. Ahad pula saya gagal hadir ke majlis hari lahir Alya, puteri sulong kak Amal Hayati, salah seorang rakan pensyarah kimia.

Semua keputusan drastik (kering hati) ini dibuat demi menghadiri TOT. Beginilah resam hidup di Galapagos, saya tidak mampu untuk memenuhi semua perkara, maka kemahiran membuat keputusan dan kekuatan mengahadapi risiko yang bakal dilalui harus ada.

Tentu anda tertanya susah sangatkah? Jika saya menunggu waktu habis pejabat, laut mulai bergelora, sudah tentu bot sudah tiada. Kalau ada, cubalah kalian naik, mengharungi samudra dengan bot laju (juga dikenali flying coffin) apabila ombak besar. Sudah tentu masa 15 minit menjadi 45 minit, lautan sekeliling dirasakan seperti tsunami dan paling tepat seperti naik roller coaster. Jika sampai di darat, rasakan kemabukan.

Ketika saya  menaiki bot laju, 5 minit pertama lancar, 10 minit melambung-lambung, ombak yang dilanggar menghempas bot, dan naik ke atas. Air laut jatuh menimpa seoarang lelaki di sebelah saya. Pembantu pemandu bot memang basah kuyup. Jika perempuan mengandung naik, dikhabarkan akan mengalami risiko keguguran, sebab sangat melambung-lambung.

Dalam keadaan sebegitu rupa di dalam bot, sudah tentu hanya ingat mati. Risiko amat tinggi. Walaupun dibekalkan jaket keselamatan. Jaket ini pon belum pernah diuji kebolehpercayaannya.Saya redha andai ini cara saya mati. Mudah-mudahan ia kesudahan yang baik, kerana niat yang baik. Saya mula loya-loya. Bertahan Amal, kau harus kuat, Allah menguji tetapkah kau di jalan ini?
tiket bot laju, tidak mahu kenderaan lain, kerana mahu memendekkan masa melalui jalan laut, pesawat memang sangat mahal.

nak pakai terlalu panas, tak pakai, takut apa-apa terjadi.

Alhamdulillah, sampai di Menumbok, saya cari Kak Iza, rakan serumah ketika saya praktikal tahun 2008. Kak Iza dengan seorang wanita. Saya hanya senyum dan menghulur salam, sambil otak ligat mencari siapakah beliau. Ia agak familiar tetapi ahhh tolonglahh memori!

"apa khabar, Amal? masih ingat saya?" sudah ditanya pula.

"alhamdulillah sihat, ya ingat. Balaik Labuan kak?" saya tahu dia ialah Cikgu Azimah, senior saya di UMS dan turut mengajar di sekolah yang saya praktikal juga.

Cuma agak lambat namanya sampai ke ingatan saya. Cikgu Azimah meminta diri dan kami pula bergerak menuju Kota Kinabalu.

Ya Allah, berkati perjalanan ini. Sampaikan kami dengan selamat.

Jalan-jalan hutan, semak-samun, kampung-kampung dilalui sambil mengimbau nostalgia zaman kecil. Setiap kilometer atau kampung atau tempat yang dilalui, takkan pernah lupa nama dan insiden di sana.

Amal Harun
Bahagian Pedalaman Bawah Sabah

Chicken Spring Rolls

my first spring rolls after 2 years in Labuan.

random shape and size.

chicken and mix vege
i learnt how to fold popia when i was in primary school in Puteri Islam.

finally, my sping rolls.

guess how is the taste?


ready to eat with hot tea. ops..forgot the sauce!

Amal 
Labuan