Saturday, 29 November 2008

Sejuta Harapan Pada Sebuah Nama

Mood hari ini masih lagi dalam situasi santai walaupun aku sedar misi berat yang sepatutnya aku pikul dan salurkan menerusi blog ini. Sehingga sekarang, aku telah menemui arah tujuan penulisanku, namun untuk memulakan, ia agak perlahan.

Definisi namaku (a.m.a.l), bermaksud harapan atau cita-cita, begitu juga harapanku di bidang penulisan, khususnya di blog ini. Besarnya harapan agar aku dapat menulis dengan ikhlas, mungkin dapat berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman tak seberapa. Ziarah dan komen pengunjung lain tidak aku impikan,namun kehadirannya sangat dihargai, dan itu adalah sebuah apresiasi yang cukup berharga bagiku. Hamdalah yang hanya mampu!

Terima kasih ketakterhinggaan buat mak dan ayah yang telah menunaikan hak kepada seorang anak sebaimana sabda junjungan, maaf aku lupa riwayat yang sahih itu. Memberikan nama yang baik. Nama itu sangat aku suka. Mudah-mudahan, kehadiranku adalah harapan kalian, dunia dan akhirat. Walaupun pendek, ia tetap dipanggil dengan sempurna.

Beberapa dialog sekitar namaku.

Ini ialah dialog sekitar namaku di kalangan manusia yang pernah aku temui. Mereka akan bertanya "nama apa?", "awak nama pa", "can i know your name", "masmuki?"(dalam bahasa arab)

Aku akan menjawab "Amal"


Dan ini respon mereka:

1. "ha! amal? pendeknya! Amal je?"


2. "Amal? Eeeeeee....macam nama lelaki." Aku paling benci respon ini, ia biasa di kalangan rakan-rakan semasa aku baru memasuki sekolah rendah di Sabah. Ejekan mempunyai nama lelaki biasa di telingaku.


3. "short n simple"

4. "Pendeknya, beruntungnya siapa yang nikah dengan dia. Nama dia pendek, memudahkan lafaz semasa akad nikah" kata Cikgu Zaidi, guru Bahasa Malaysia di tingkatan 2. Aduh, macam tu pulak.

5. "ismuki? haza faqat?" ini pula respon ustazah Nor Azah, guru bahasa arab di Al-Irshad.


Bukan itu sahaja, kalau menerima hadiah atau apa sahaja, namaku habis diumumkan sebelum sempat mendaki tangga pentas. Sekurang-kurangnya, menjadi kemudahankepada juru acara majlis.
Nama itu aku syukuri kurniaannya. Semoga aku adalah salah satu harapan dari sejuta harapan. Dan berikut adalah harapanku

Sejuta Harapan: Da'i Nada

La..la..la
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Kuingin bersamamu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamamuMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu
Ya Allah
Terangilah gelap hitam jalanku


Friday, 28 November 2008

Sang Murabbi

Mari menonton Sang Murabbi, semoga mendapat pengajaran hendaknya. Menelusuri makna murabbi atau mursyid.. pendidik sebenar ke arah pengislahan. Kepada sesiapa yang sudah menonton, sukacita dialu-alukan memberi komentar terhadap 'Sang Murabbi' atau apa sahaja. Terima Kasih.

amalharun
13200 kepala batas

Wednesday, 26 November 2008

Ini jalanku


Jalan Dakwah
Munsyid : AlarmMe


Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

Mari menyelami makna di sebalik lirik di atas. Dulu, aku bencikan usrah. Dulu itu merujuk kepada zaman sekolah sama ada di Kota Kinabalu atau Al-Irshad sendiri. Kalau nak ikutkan hati, boleh saja untuk join usrah kakak-kakak senior yang majoriti 'mengepalai' usrah. Tetapi aku panas telinga mendengar hujah mereka dalam halaqah apabila mengenangkan peribadi mereka di alam sebenar. Ah, kalian hipokrit!

Disebabkan kefahaman yang tidak jelas ditambah dengan sikap memberontak, maka bermulalah episod 'escapism', ermmm....betulkah istilah ini? Jumaat, selepas habis sekolah waktu wajib berusrah. Dengan selamba dan tanpa rasa bersalah aku 'escape'. Balik rumah itu lebih baik. Sikit pun aku tak peduli ancaman kalau ponteng usrah, nama dipanggil perhimpunan atau sebagainya. Ternyata, aku selamat saja, malah kelakuan, akhlak, prestasi dan apa-apa lagi direkodkan sangat baik dalam sijil berhenti sekolah. =) Yang paling penting di sini, aku tidak pernah mengajak mana-mana kawan untuk turut melibatkan diri bersamaku di lembah yang salah lagi nakal di sekolah. Tetapi, ada saja orang lain yang se'fikrah' denganku (maaf salah guna terminologi) turut ponteng.

Kadang kala ada rasa cuak, bersalah kepada diri dan ustazah, gembira kerana berjaya 'memboloskan' diri. Kerisauan kerana terpaksa mencari helah, alasan kalau kantoi dan keligatan otak mencari idea menyusun strategi lari dari 'usrah'.
zaman usrah sekolah berlalu tanpa makna bagiku, biasa saja. Perangai buruk diteruskan di zaman matrikulasi. Masuk tahun pertama di universiti mula tercari apa yang hilang..berada di zon tidak selamat akan menjerumuskan diri di kancah yang tak sihat, larut bersama jahilliyyah.. aku bertindak, menentukan arah tuju hidup, lalu ke mana ke mana haluanku???

namun perjalanan ini sudah bermula di laluan baru...
catatan apakah ini?

oh, mindaku celaru.
tidak akan kau berasa gundah andai kau tahu apa yang dicari! Lantas dalam hidup ini apa yang kau cari?

13200 kepala batas

Thursday, 20 November 2008

si semangat kenegerian

Rentetan entri di sangpelangi.com tentang asabiyyah di kalangan ummat manusia memerlukan aku menulis sedikit di sini. Ia ditulis untuk menyatakan bahawa kini masih lagi terdapat sentimen kenegerian, perkauman tak usah cerita.

Bagi tidak menyentuh peribadi siapa-siapa, maka nama-nama watak dalam entri ini adalah bukan nama sebenar atau dirahsiakan. Ini kisah benar ya, aku ulang.

Tersebutlah kisah, pada suatu masa seorang pemuda (aku namakan ia sebagai Abdul) pergi ke suatu daerah jauh dari kesibukan bandar. Abdul ingin mencari rumah, menumpang tapi bayar sewa la dengan gang bujang yang berkhidmat di daerah itu. Maka penghuni rumah itu (gang bujang) bersetuju menerima Abdul. Jadi sekarang masalah penginapan Abdul semasa menjalani praktikal di daerah itu selesai. Maka Abdul pulang kelegaan tanpa masalah.

Tiba masa Abdul pergi melapor diri untuk praktikal,dia pun masuk la rumah gang bujang tadi. Abdul cuba membiasakan diri, tiada masalah kerana PR Abdul aku rasakan sudah baik. Penghuni rumah atau gang bujang ni semuanya berasal dari negeri Inderapura. Maka lebih enaklah di kalangan mereka menuturkan loghat dan dialek negeri Inderapura. Abdul hanya tahu berbahasa ibunda. Abdul merasa sedikit tersisih dari gang bujang Inderapura ini. Abdul bersabar.

Selang beberapa hari, rakan sepengajian Abdul datang untuk menjalankan praktikal di daerah yang sama. Namanya Ranggi. Ranggi juga turut meminta untuk tinggal bersama gang bujang Inderapura. Ranggi diterima masuk.

Lain pula halnya dengan gang bujang tuan punya rumah, mereka menyatakan bahawa mereka menerima masuk Ranggi, mereka tersilap menerima Abdul, dahulu mereka sudah berjanji dengan Ranggi yang turut berasal dari Inderapura. Gang bujang hanya akan menerima masuk seorang sahaja. Padahal mereka sudah berjanji menerima Abdul terlebih dahulu daripada Ranggi. Oleh itu, Abdul terpaksa berangkat keluar, walaupun sudah tinggal beberapa hari.

Abdul sedih sehingga nekad untuk tinggal di rumah rehat sepanjang praktikal (3 bulan). Mujur ada yang baik hati, Encik Zamrud mengambil Abdul untuk tinggal di rumahnya.

Melalui kisah ini, aku berpendapat gang bujang Inderapura ini bersikap 'bias', menerima kehadiran Ranggi disebabkan senegeri. Kalaupun tidak mahu menerima Abdul, walaupun sudah berjanji, mereka harus memaklumkan awal. Tindakan 'sampai hati' ini adalah berasaskan sentimen kenegerian yang kuat di kalangan mereka!

Sepatutnya, ukhwah yang dibina adalah atas dasar ketakwaan kepada Allah, bukan semangat negeri. (beremosi pula)


Wednesday, 19 November 2008

Masa Lapang Yang Membunuh

Selamat bercuti bagi yang bercuti; cuti sekolah, cuti raya haji, cuti naik haji, cuti bersalin, cuti akhir semester, cuti kawin dan lain-lain.

1)Walimah dan Bertunang



Tahniah kepada rakan se-praktikal yang akan bertunang cuti ini. Tahniah kepada saudara maraku yang melansungkan perkahwinan; (Husna Zahira Nordin & Dzulkarnaen) dan (Mhmd Ashraf Nordin & Safrina Merican) di Kuala Lumpur dan sahabat sepengajian di UMS, Farhana Mokhtar yang akan menikah di Pahang. Baarakallahulakum fi khair...

2)Melahirkan

Tahniah lagi kepada sahabat sepengajian Maziah Azmi yang akan melahirkan anak pertama. Semoga beliau selamat kembali ke pengajian awal tahun hadapan di semester terakhir.Selamat menjadi ibu yang baik dan mendidik dengan penuh kesabaran.

3) Selamat berangkat ke tanah suci untuk semua ummat Islam, semoga memperoleh haji mabrur. Menyentuh soal haji, bilakah lagi giliran aku, giliran mak dan ayahku, giliran kita menjadi tetamu Allah. Ayah aku mengalami sedikit kegerunan menaiki pesawat sejak balik dari sabah (2002), boleh juga dikatakan fobia dengan ketinggian. Tingkat 3 pun sudah gayat. Bagaimana ya?


dan akhir sekali, bagi diriku yang tidak mempunyai sebarang agenda, juga bagi sesiapa yang senasib denganku. Masa lapang yang ada jangan sampai membunuh. Hassan al-Banna menyatakan bahawa kerja yang kita lakukan dalam dakwah melebihi masa yang kita ada. Jadi, tunggu apa lagi, masih adakah lagi masa lapang??


Sertai aktiviti menarik lagi berfaedah di sekeliling kita. Jadi aku dengan beratnya kaki memilih untuk menyertai Perhimpunan Musim Cuti (PMC) di Bangi, mungkin campsite belakang highway. Aktivitinya jungle Tracking, tayammum dan mungkin segala pengisian di dalam hutan. Oh, tidak! mampukah aku...namun semua itu digagahi demi mencari jatidiri. Pembinaan individu muslim mesti memenuhi 10 ciri/ muwasofat dalam mentarbiah diri/mengislahkan.

Ingin juga aku berkongsi sedikit tentang tentang tarbiyyah, tetapi kemampuan aku menulis dan men'digest input amat terbatas, takut silap aku menulis mencetus salah konsep di kalangan pembaca. Topik tarbiyyah adalah topik berat (bagi aku la),dan aim aku menulis blog adalah ke arah itu sebenarnya (pengislahan/pentarbiyyahan) sesuai dengan nama IRSHAD barangkali. Nama tersebut aku pilih sempena nama sekolahku.







Apa pun, hasrat dan tanggungjawab itu akan aku gagahi, kerana itu jalanku.
jalan ini jalan JAUH. Matlamat akhir itu HAKIKI.
Mencapainya memerlukan KESABARAN dan KETEKUNAN. ujian ialah KAYU UKUR iman.
Tinggi rendah iman diukur daripada NATIJAH di akhir ujian. Tetap TSABAT.
jANJI-Nya PASTI

semoga masa lapang kita tidak membunuh!

amalharun
13200 kepala batas














Musafir Terakhir

Musafir Terakhir (written by:us.pahrol)


Bukan aku tak sayang
Juga bukan tak rindu
Bahkan hati ini.....
Detiknya hanya itu
cinta sayang padamu!


Namun bagaimana ingin aku nyatakan
Ribut pergolakan, kabut persimpangan
Aku sedang memperbaiki diri
Aku sedang mencari erti
yang berulang datang dan pergi

Berilah aku masa sendirian
Untuk mula mencatur perhitungan
Satu, dua, tiga....
Dalam terang dan kelam
Dalam diam dan jeritan


Aku kembara kian penat
Hulurkan izin untuk aku berehat
Kepada segala yang hampir
Izinkan aku musafir...
kali terakhir
Jauhku untuk mendekat!

anda rasa gambar itu sunset atau sun rise

amalharun, kepala batas

Tuesday, 18 November 2008

Musafir terakhir

Hampir 2 minggu membisukan diri dari sebarang entri. bukan sengaja tetapi masalah virus di komputerku menyebabkan kesukaran sign in akaun di blogspot. Tidak tahu sama ada menghampakan atau tidak kerana dalam pengiraanku blog ini tiada pengunjung, kalau ada hanya sekerat cuma, tapi bukan itu persoalannya, aku harus istiqamah lagi berdisiplin dalam dunia blogging. Beberapa sms aku terima bertanyakan blog usang ini tanpa update. Oleh itu, sedikit coretan menarik ingin aku kongsi bersama kalian. Epilog Musafir Terakhir aku konsikan daripada buku Satu Rasa Dua Hati oleh Ustaz Pahrol.

Musafir Terakhir

Bukan aku tak sayang
Juga bukan tak rindu
Bahkan hati ini.....
Detiknya hanya itu
cinta sayang padamu!

Namun bagaimana ingin aku nyatakan
Ribut pergolakan, kabut persimpangan
Aku sedang memperbaiki diri
Aku sedang mencari erti
yang berulang datang
dan pergi

Berilah aku masa sendirian
Untuk mula mencatur perhitungan
Satu, dua, tiga....
Dalam terang dan kelam
Dalam diam dan jeritan

Aku kembara kian penat
Hulurkan izin untuk aku berehat
Kepada segala yang hampir
Izinkan aku musafir...kali terakhir
Jauhku untuk mendekat!



Entah, bagaimana aku mahu menginterpretasi puisi ini, aku punya jawapan bermisi, kalian bagaimana? tentukan sendiri!