Saturday, 17 February 2018

Selamat Jalan

Aku memang menunda hari untuk menulis, hari demi hari, aku tunda, aku tulis dan padam. Aku nak cari perkataan sesuai. Aku rindu hang, Intan.

26 November 2017, aku tertidur dan bangun solat asar, aku periksa mesej kata hang tenat, kemudian aku call mak aku. Lepas tu mesej masuk lagi dan kata hang dah tak ada. 

Aku call mak aku balik, dan aku bagitau, mak aku nangis dan aku nangis. Aku terus fikirkan mak hang. Hang pergi dulu intan. Mak aku bagitau aku dalam telefon, insyaAllah Allah anugerahkan syurga untuk hang. 

Petang tu jugak aku siap dan balik Penang, hujan dan jalan keluar dari pilah ke seremban perlahan sangat. Malam tu juga, hang dikebumikan. Segala urusan disegerakan. Aku tak sempat tengok hang tapi mak ayah, tok, makcik  
dan adik-adik aku sempat ziarah hang. 

Tiap hari aku ingat hang. Aku doakan hang, moga Allah ampunkan segala dosa dan tempatkan hang di syurga tertinggi. 

Aku sampai rumah hang pada jam 2 pagi, aku lalu tapi aku rasa masa tak sesuai. Esok, aku kembali lagi ziarah mak hang dengan cikgu kimia kita, cikgu siti zubaidah. Dulu kita berdua selalu melawat cikgu, tapi kini sebaliknya. 

Aku tengok mak hang kuat, dan sabar. Tapi aku tak tahu macam mana dia tenangkan diri menghadapi anak-anak yangbpergi dulu dijemput ilahi. Semoga Allah merahmati beliau.

Sebelum aku balik pilah, aku singgah zirah pusara hang. Aku sedar kita berada di alam yang sangat jauh. Pemergian hang sangat menginsafkan aku. Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa. 

Kemudian aku singgah rumah hang. Aku nak jumpa mak hang, tapi dia ada urusan di luar. Aku beli satu buku, "perjalananku dengan Al-Quran untuk bacaan mak hang. Dulu, 

Tuesday, 14 November 2017

Catatan untuk Mus'ab 3 tahun

Ada masa hilang sabar dan tak rasional, sebab marahkan anak. Macamlah dahulu masa kau kecil kau tak pernah beperngai kurang asam. 

Sejak ada Afaf, Mus'ab merasa dia mendapat layanan yang kurang. Betullah, kalau dulu dia sajalah yang dipeluk dan diriba. Dia sajalah yang dilayan.



Sekarang ada adik, sekelip mata berubah. Mus'ab kena tunggu mama susukan adik, tidurkan adik barulah mama boleh riba Mus'ab dan bacakan buku.



Memang Mus'ab manja, menerima layanan sebagai anak tunggal lebih dari 3 tahun, dan tiba-tiba perhatian mama dan baba harus dibahagikan kepada Afaf. Cabaran buat Mus'ab. Tak bermaksud mama dan baba tidak sayang Mus'ab atau kasih sayang yang makin berkurang. Tidak sama sekali.  

3 tahun bersama Mus'ab ialah usia emas, yakni tempoh keemasan. Sepenuh perhatian dan layanan hanya kepada Mus'ab, dengan harapan Mus'ab akan lebih sayang kepada adiknya, lebih berkepimpinan dan bertanggungjawab. Mus'ab adalah tonggak keluarga selepas baba. Mus'ab akan memimpin diri, membuat pilihan dan keputusan, menjadi imam solat hatta menentukan ke mana arah tuju hidup selepas ini.



Mama ajarkan Mus'ab perkara asas setakat ini mengikut keupayaan, kesempatan masa dan keterbatasan ilmu mendidik anak walau mama seorang cikgu kimia. Alhamdulillah banyak Mus'ab belajar. Mama tak letakkan target mahupun result expectation terhadap Mus'ab. Namun selalu dan menjadi harapan nombor 1 mama terhadap Mus'ab ialah menjadi seorang lelaki yang hatinya ada Allah. Sentiasa mendahului perintah Allah. Agar Mus'ab menjadi pejuang agama, mengambil semangat dan meneladani sahabat nabi Mus'ab bin Umair. Agar Mus'ab menjadi pemuda yang hatinya terikat pada masjid. Jika Allah nombor 1 di hati Mus'ab, pastilah cita-cita dan impian di dunia akan mengiringimu selepas itu. Berbunga sangatkah??


Maksudnya jika Mus'ab menjadikan Allah sebagai urusan nombor 1, pastilah apa saja urusan harian Allah bantu uruskan.Allah selamatkan setiap langkah dan tindakan Mus'ab.


Bila mama dan baba marah, Mus'ab fikir dan kata mama dan baba tidak sayang Mus'ab lagi. Mus'ab pon menangis sambil peluk mama dan kata "kesianlah, kesianlah"... maksudnya Mus'ab sedang minta simpati selepas dimarahi. 

Mama tak berniat mahu marah atau pukul, tapi mama harap teguran dan sedikit pukulan kecil itu dapat sampaikan mesej yang Mus'ab harus baiki akhlak dan jangan buat lagi. 



Mama yakin, tak patut mama pukul atau marah. Tapi mama geram. Oh, mama kena banyak sabar lagi.huhuuuu!!!

Sebenarnya banyak lagi silap-silap lain, yang mungkin mama terlepas pandang. Tapi, mama doakan semoga Mus'ab tabah sepanjang mama mendidik Mus'ab dalam masa yang sama mama mendidik diri sendiri. Selalu mama insafi dan muhasabah diri, mama perlu banyak sabar lagi.



Maafkan mama

Amal Harun
72000 Kuala Pilah.

Monday, 13 November 2017

Pasca Pantang

       Seronok main ni!

Ada lagi 3 minggu baki cuti sebelum kembali kepada rutin kerja. Kebanyakan masa selain menguruskan Afaf dan Mus'ab, aku hanya pegang telefon dan makan. Tiada senaman mengeluarkan peluh mahupun tabata apatah lagi cardio workout.

Yang rutin lagi kerap ialah makan. Ya, makan. Banyak makanan dan tempat makan sedap kalau di Penang. Akibatnya berat kekal 60kg, masih kekal berat mengandung! 

   Main archery di Permatang Haji Hasan.

Semua baju, jubah dan seluar sendat. Perut berlipat, lemak sana sini. 

       Gemoknya!!

Katanya sebab aku tak pantang. Tak tahulah pantang itu apa, yang penting aku makan semuanya, cuba sikit-sikit takut tak sesuai dan sakitkan badan. Syukur semua ok.

      Medan Suri

Makan makanan biasa saja, ada ayam, ikan dan lain-lain. Sayur pula macam-macam pilihan mak sediakan. Pendek kata, macam raja layanan makan selepas melahirkan Afaf.



Muazzin bawa kami jalan-jalan. Ini paling digemari. Kami duduk 2 malam di Golden Sand Penang. Aku boleh relax dan makan tidur, manakala Mus'ab boleh main air. 

Lain kali, bawalah lagi anak dan bini.


Amal Harun
13200 Kepala Batas.