Saturday 26 February 2011

Terima Kasih Emak






Hari ini emak dilahirkan oleh tok, iaitu 26 Februari 1957. Sudah 54 tahun umur emak. Emak lahirkan saya ketika usia beliau 29 tahun. Saya anak pertama perempuan, dibesarkan bersama abang-abang saya.

Emak sangat garang berbanding ayah. Ayah lansung tak garang, tetapi apabila marah, memang terkesan. Emak pula segalanya mesti tegas dan berdisiplin, kemas dan baik. Segalanya tentang persekolahan kami adik-beradik emak tentukan, di mana belajar, bidang apa belajar dan sampailah baju apa nak dipakai ke tempat kerja.

"Semoga Allah kurniakan keberkatan hidup untuk mak" itu ucapan saya kepada mak petang tadi. Mak agak sibuk, kami tidak bercakap panjang.

Malam yang lepas, dalam perjalanan ke lapangan terbang Labuan, Yan dan saya bersepakat bahawa kami ialah insan tegar hati dan susah melahirkan kasih-sayang. Betul, ada ego di situ. Tapi menurut Yan, dia sudah berjaya belajar sesuatu iaitu memberi kasih sayang heheee..macam-macam la dia nasihat saya. Baik, terima kasih.

"Aku memang payah ataupun seingat aku tak pernah melafazkan ucapan terima kasih kepada mak dan ayah secara 'live', teruk betul aku rasa" saya mengakui di hadapan Yan.

Memang tak mampu untuk setiap benda saya ucap terima kasih, dan memang saya berat melafazkan kata terima kasih emak. Padahal pada orang lain, biasa saja berkata terima kasih. Berat sangat!

Untuk emak, jika emak baca blog saya, saya nak emak tahu saya akan sentiasa doakan emak, semoga emak sihat, gembira dengan ayah sampai bila-bila. Saya sayang emak, dan sangat tak mampu balas jasa emak.
emak ketika musim haji 2010

Amal Harun
WP Labuan

10 Wasiat Hassan al-Banna


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Monday 21 February 2011

Cinta 3 segi

"assalamualaikum mak" waktu tengah hari baru sempat menghubungi mak. Kalau tidak, dia sibuk saya tak, kadang saya sibuk, dia tak sibuk.

"Mak tengah kelas la amal" kata mak. Mak tak cakap pun saya tahu, sebab bunyi bising boleh didengar.

"awat?" mak tanya

"saja...mak dah lunch?"

"belom" separuh menjerit sebab bising. "tak sedap, minta ayah hantar makanan, tak muncul-muncul lagi dia tu" mak komplen.

"oh ok la, nanti lunch tau, bye mak, assalamualaikum".

Teks pesanan ringkas dihantar kepada ayah; 'ayah, mak pesan hantar makanan, dia belum lunch hehee', kemudian hantar ke nombor ayah.

Saya pun sambung kerja, mengedit nota kuliah alkohol. Tiba-tiba telefon bernyi...

"ayah heheee" macam biasa akan disambut dengan gelak-gelak.

"nih amal, bagitau mak, ayah di Permatang Sireh, tengah bungkus nasi" kata ayah sambil gelak-gelak.

"baik hihiii" tersengih dan sambung kerja. Kemudian call emak semula.

"mak, ayah tengah beli nasi', satgi dia pi hantar kat isteri dia"

"laaaaaaaaaaaaa....mak nak cucur saja, kalau makan nasi, kenyang sangat, nanti mengantuk" mak beralasan. Mak ni, satgi aku 'beletiaq' baru tau.

"ok la, ok la, thanks" mak pun mematikan talian.

itulah senario 3 penjuru. Sukarnya komunikasi!

Tahun lepas.....

"ayah, ayah kat mana? buat apa?"..saya menelefon ayah ketika tamat waktu pejabat.

"tunggu mak, eh amal, call mak, suruh dia cepat sikit, ayah tak larat tunggu ni. Bagitau ayah tunggu depan surau"

"aah ya la" saya akur.

"mak, cepat sikit, ayah tunggu mak depan surau sekarang" pesan saya.

itulah kami, mak dan ayah di Penang tapi macam di Paris dan Nottingham kononnya.

Amal Harun
WP Labuan.


Sunday 20 February 2011

Kahwin oh Kahwin


Saya cuba mencari kekuatan menulis kali ini. Ia suatu kenyataan berani yang bakal dikeluarkan sebentar lagi. Kekuatan atas dasar keyakinan kepada kekuasaan Allah yang telah mengaturkan segalanya dengan cukup sempurna.

Makcik-makcik, kaum keluarga, rakan dan segala bagai lazimnya akan bertanya, "bila nak kawin?". Biasalah, kalau sudah tamat belajar, mendapat kerja dan berpendapatan tetap, bab kahwin akan timbul. Lebih menyemarakkan suasana ialah kaum keluarga yang sebaya atau lebih muda, mahupun rakan-rakan sepengajian atau sekerja mula mendirikan rumah tangga dan ramai pula yang sudah menimang cahya mata pertama.

Inilah fenomena biasa, putaran alam, sunnatullah dan syariatullah bagi ummat manusia. Allah ciptakan manusia saling berkenalan, saling berkasih sayang dan berpasangan. Inilah fitrah yang telah Allah titipkan pada setiap hambanya. Demi kemaslahatan. Puncaknya ialah ketaatan dan keimanan kepada Allah swt.

"tahun depan insyaAllah." itulah jawapan biasa yang saya selalu ucapkan bila ditanya. Tahun depan bila tidak pasti. Jawapan jenis apakah hendak dijawab kalau yang bertanya adalah orang yang lebih tua dan sebagainya.

Jawapan yang berbentuk 'play safe' menjadi pilihan. Suka hati bagaimana yang bertanya itu ingin menginterpretasikan jawapan saya. Allahu a'lam.

InsyaAllah, antara tergopoh-gapah, atau berlengah-lengah bukanlah saya dalam mana-mana kategori tersebut. Kerana saya sendiri tidak pasti arah tujuan berkawan atau bercinta sebelum kahwin. Kahwin ibadah, tidak kahwin tetap juga kena ibadah, kerana tujuan penciptaan manusia adalah ibadah. Telah ditetapkan anak Adam itu rezeki, ajal maut dan jodohnya. Inilah antara rahsia Allah.

Kita hanya usaha, menjadi yang terbaik, menjaga perintah dan larangan Allah. Berbalik kepada yang tergopoh dan berlengah, biarlah kita tetap dalam menjaga syariat. Biarlah bertemu dengan orang yang Rasulullah cadangkan kriterianya. Semoga semakin hari semakin lama hidup dengan 'dia' akan melahirkan rasa cinta yang lebih besar kepada Allah dan Rasulnya. Menghayati isi quran, mengamalkan dan mendalami sunnah baginda nabi, menelusuri sirah perjuangan Rasulullah dan disemai rasa kasih sayang berladaskan kecintaan dan kepercayaan kepada Allah.

Allahu a'alam. Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

Amal Harun
Labuan

Thursday 17 February 2011

Kerja oh kerja


Menjelang 1 tahun, 1 bulan, 2 minggu dan empat hari saya bergelar pendidik. Di KML ia sangat menguji, menyibukkan dan sangat menuntut kesabaran sangat tinggi. Berhadapan dengan pelajar, pihak pengurusan dan rakan sejawat. Segalanya perlu dikendalikan dengan berhemah dan bersabar.

Masalah tempat kerja jangan bawa ke rumah. Tapi nak buat macam mana, rakan serumah adalah rakan sekerja. InsyaAllah, apa juga yg dilakukan bila diniat kerana Allah dan redhaNya, pasti kesudahannya baik. Ikhlas sesuatu yang perlu dipelajari setelah sabar.

Bila bekerja, masing-masing ada tugas-tugas tertentu, masing-masing mendapat beban kerja yang sama. Jika tidak sama, mungkin sekarang kita kurang kerja, orang lain banyak, atau mungkin kita nantinya akan banyak kerja dan orang lain pula sibuk.

Pandanglah dari sisi positif, kerja yang banyak, adalah tarbiyyah menguji iman dan diri. Kerja yang banyak adalah penyelamat kita bersenang lenang di pejabat. Kerja yang banyak menambah keberkatan rezeki. Kerja yang banyak dengan sibuk mengajar lebih baik duduk melepak mencari kerja apa yang patut dibuat atau bimbang akan terdorong bersembang-sembang hal-hal tak sepatutnya.

Tidak juga bermaksud, bila bekerja harus duduk melekat di meja, cuma beramanah dengan waktu kerja, melakukan usaha ke arah pembaikan mutu kerja. Bukan bermaksud harus serius segenap aspek di tempat kerja, tetapi ialah dengan menikmati setiap kerja yang dilakukan mendatangkan kebaikan dan harus yakin apa yang telah kita hasilkan adalah yang terbaik.

InsyaAllah Allah tahu niat kita, apa yang kita buat dan dimana masa kerja yang kita guna. Semoga hasil ganjaran yang kita tuai bukan sahaja di dunia, malah di akhirat. Setiap orang diuji sesuai dengan kemampuannya.

Amal Harun
Labuan

Friday 4 February 2011

Medan Tahrir Suatu Kebangkitan


Kebangkitan rakyat Mesir sudah seminggu. Rakyat menuntut pengunduran Mubarak dan biarkan rakyat sendiri menentukan hala tuju negara. Kini menyaksikan kuasa rakyat menuntut hak kepada pemimpin.Pimpinan rakyat di segenap lapisan telah mencapai kata sepakat bahawa rakyat adalah bersatu teguh dan menuntut Mubarak, regimnya dan parlimennya hendaklah keluar dari Mesir.

“Katakanlah kamu tidak menunggu kami melainkan (kami mendapat) salah satu dari dua kebaikan (Menang atau Syahid). Dan kami pula menunggu pada kamu, kamu akan dikenakan Allah dengan azab disisiNya, atau (azab) dari kami. Maka kamu tunggulah. Sesungguhnya kami (juga) menunggu bersama-sama kamu” (Surah At-Taubah ; 52)

Dan saya juga membaca ini daripada Ustaz Halim: Sesetengah bertanya atau berpendapat bahawa tiba masanya Ikhwan Muslimin memegang tampuk pemerintahan Mesir. Bangkitnya Islam di Mesir bererti kesudahan riwayat Israel dan Kuasa-kuasa besar Dunia yang mendokongnya adalah hampir tiba. Ini harapan semua pihak yang cintakan Islam dan tanahair Islam. Ini harapan kebanyakan rakyat Mesir sendiri. Akan tetapi Ikhwan mempunyai perhitungannya tersendiri.
“Kami ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di mukabumi. Kami hendak menjadikan mereka imam-imam (pemimpin di tempat mereka). Kami hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan dunia). Kami meneguhkan mereka di mukabumi. Kami (hendak) memperlihatkan Firaun, Haaman dan tentera-tentaranya apa yang mereka takutkan (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas : 5).

mohon membaca di: inijalanku . Marilah kita mendoakan yang terbaik untuk rakyat mesir. Tinggal di Malaysia yang aman bukanlah jalan duduk tetap punggung melayan facebook sahaja. Sungguh setiap kata-kata saya adalah ujian buat saya sendiri juga.


Nikah Jiji Feb 4 2011






Pasar tamu ramai ke sana,
Tempat kuda berlari-lari,
Sudah bertemu dengan jodohnya,
Bagai cincin lekat di jari.

Dalam dulang berisi sagu,
Sagu dimakan burung merpati,
Jangan bimbang jangan ragu,
Hidup baru kini menanti.

Sudah bersarang burung tempua,
Sarangnya tinggi tidaklah rendah,
Dahulu seorang sekarang berdua,
Ikatan janji tertunai sudah.

Pernikahan Jiji dengan Sahara berlansung dengan tenang di kediaman pengantin perempuan di Durian Tunjung, Labuan. Anak kepada makcik Leha dan pakcik Malik, graduan Uitm dan kini bekerja di Kota Kinabalu.

Setelah memeriksa segala dokumen dan sebelum akad dilafaz, khutbah nikah dibaca. Cukup jelas dan terang untuk menangkap setiap isi. Sunnah perkahwinan yang dituntut demi ketenangan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat juga buat penerus zuriat soleh dan solehah.

Perkahwinan bukan sekadar membuat persiapan hari kejadian, bunga telur dan pelamin, tetapi persiapan membentuk paradigma sejak muda lagi. Sudah tentu pengibadatan kepada Allah. Harus jelas tujuan hidup, akidah yang sejahtera, hala tuju rumah tangga, persediaan pendidikan anak-anak dan segalanya termasuk duit beras, lampin dan susu anak, jugak sakit demam.

saat sang ayah terharu melepaskan puterinya

Wednesday 2 February 2011

Marriage in Islam


I would like to state that in Islam the marriage of a man and a woman is not just a financial and physical arrangement of living together but a sacred contract as stated in quran; mitsaqan ghaliza, a gift of God, to lead a happy, enjoyable life and continue the lineage. The main goal of marriage in Islam is the realization of tranquility and compassions between the spouses. For the attainment of this supreme goal, Islam defined certain duties and rights for the husband and wife.

The role of the husband evolves around the moral principle that it is his solemn duty to Allah to treat his wife with kindness, honor, and patience; to keep her honorably or free her from the marital bond honorably; and to cause her no harm or grief. Allah Almighty says: “…consort with them in kindness, for if you hate them it may happen that you hate a thing wherein Allah has placed much good.” (An-Nisa’: 19)

The role of the wife is summarized in the verse that women have rights even as they have duties, according to what is equitable; but men have a degree over them. Allah Almighty says, “And they (women) have rights similar to those (of men) over them in kindness, and men are a degree above them. Allah is Mighty, Wise.” (Al-Baqaraqh: 228)

Seeking Him

Forgiveness is being shielded from the harmful consequences of wrong actions, and the veiling of them. Seeking forgiveness is mentioned again and again in the Qur’an, and in some places it is a command, as in His saying, Glorious and Exalted is He:

"And seek forgiveness of Allah; surely Allah is Forgiving, Compassionate."

(Qur’an 73:20)





O Lord, I have wronged myself. So forgive me. Verily save You there is no one who can protect from the consequences of sinning.