Wednesday 29 April 2009

Ayah siapa


1993
Ayah temankan ke majlis anugerah pelajar harapan Pulau Pinang, naik kereta kodok antik. Nostalgia naik kereta kodok merentas sawah ke Butterworth.

1998
Anak marah ayah.
"apa la ayah ni, bukan nak ambik orang, penat tau orang jalan kaki, mak, tolong marah ayah ni"

2002
Ayah tanya bilakah khidmat ayah diperlukan dalam hidup saya atau bilakah kehadiran ayah adalah signifikan?
Bila saya sakit, iaitu muntah 24 jam setelah kena drip di wad pemerhatian.

2005
Memandangkan mahu memprotes cadangan emak dan ayah yang mahu sayake Kolej MARA Kulim, maka saya memilih UMS. Kononnya membawa diri setelah membaca Stefa Isle yang melarikan diri ke UK.

2009
Ayah dah 60 tahun. Sori ayah, saya nak jadi anak yang baik. Ayah @ Daddy Cool!
'Eid Milad sa'id!

Semoga ayah sihat, rajin makan ubat.

Sunday 26 April 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis


Aman Palestin Berhad adalah sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk membangunkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin. Dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbia’ yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang erat di dalam menangani isu ini.

Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan “Israel Raya”. Apa yang disaksikan kini, agenda mendirikan sebuah negara yang besar itu tidak mungkin akan tercapai dalam keadaan mereka ditentang dengan penentangan yang amat kuat, sehingga mereka terpaksa berundur sedikit demi sedikit pada ketika dan saat ini.

Justeru itu Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu seminar yang bertajuk “Berakhirnya Agenda Zionis” bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya melihat semula kegagalan Zionis di dalam mendirikan sebuah negara yang agung tersebut.

Objektif

  1. Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat khususnya golongan
  2. belia terhadap agenda Zionis yang paling utama untuk menguasai dunia sudah berakhir.
  3. Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.
  4. Membuat pendedahan kepada masyarakat terhadap propaganda Zionis di dalam mendirikan Israel Raya.
  5. Memberikan persepsi yang sebenar kepada masyarakat terhadap status terkini agenda Zionis.
  6. Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menghadapi agenda Zionis.


Hari/Tarikh:

Sabtu/9 Mei 2009


Masa:

8.00 pagi - 5.00 petang


Tempat:

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


Yuran Penyertaan:

RM 10.00 (yuran penyertaan boleh dibayar pada hari konvensyen tersebut di kaunter pendaftaran)


* Untuk pengesahan kehadiran, sila hantarkan nama dan nombor IC pada 0196077372.


PEMBENTANG

Dr. Mohsen Saleh
Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London

Dr. Azzam al-Tamimi
Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan


Dr. Roslan b Mohd Nor
Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006 PhD in 'Islamic Jerusalem Studies', Aberdeen University Scotland


ATURCARA KONVESYEN

8.00 - 8.30 PAGI: Pendaftaran Peserta
8.30 - 9.30 PAGI: PEMBENTANGAN I - Dr. Roslan bin Mohd Nor
(Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)

9.30 - 10.00 PAGI: Kehadiran VVIP dan VIP
Ucapan Alu-aluan - Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman
(Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)
Ucapan Perasmian - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

10.45 - 11.00 PAGI: Jamuan VVIP dan VIP dan jamuan ringan peserta

11.00 - 12.00 TGH: Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimi
(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)

12.00 - 1.00 TGH: Pembentangan 3 - Dr. Mohsen Saleh
(Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)

1.00 - 2.00 PTG: Rehat, makan dan solat

2.00 - 3.00 PTG: Pembentangan 4 - Dr. Azzam al-Tamimi
(Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)

3.00 - 4.00 PTG: Pembentangan 5 - Dr. Mohsen Saleh
(Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)

4.00 - 5.00 PTG: Majlis Penutup
Ucapan Penangguhan - Dr. Kamil Azmi Tohiran
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)


Sebarkan.


maklumat lanjut, layari: http://kbaz.net/

Wednesday 22 April 2009

cikgu, anak murid dan sms

kroak kroak, bunyi katak
sms dibaca
dari anak murid kuala penyu
cikgu, tolong la aku tak dapat study, kimia, fizik aku fail,malas suda aku mau study

sms dibalas
xpa, kena berkorban, biasala la tu, study tak boleh putus asa
jawapan apa lagi harus aku balas
selain mendoakan mereka

padahal
tulis dalam hati
kau ingat cikgu rajin ke

tapi cikgu ni tak putus asa tau
cikgu belajar
dan berusaha
berdoa hehee

walaupun kepala cikgu ketat
walaupun korang tak Islam
cikgu kasi tau la juga pasal
jihad menuntut ilmu
cikgu mana ada modal lain dah
ok jom kita belajar sama-sama

Friday 17 April 2009

Andaiku Pergi

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata
Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu
Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Andaiku Pergi dendangan Mirwana adalah nuansa hari Jumaat ini. Saya telah membuat perjanjian melepaskan ‘seorang’ sahabat baik dan terlalu setia sepanjang 4 tahun di Sabah. Beliau tanpa nama sangat bermakna mengisi hari-hari saya bergelar hamba Allah. Dengan izin Allah kami bersama ke kelas, tutorial, lab SST, masjid, IBTP,Raudhatul Kauthar, Kuala Penyu, fieldwork dan ke perpustakaan biarpun lewat malam masih setia menemani saya.

Jika pulang ke kampung, saya pasti merindui beliau. Beliau tabah menghadapi terik matahari Kuala Penyu ataupun banjir Telipok. Hampir 100% kehidupan saya dan rakan saya yang lain diwarnai suka duka, saat manisnya bersama beliau. Beliau sentiasa menghala ke jalan-jalan yang soleh lagi diredhai Allah. Saya pasti akan merindui saat kami menyusuri pantai Teluk Likas dan ketika kami ditahan polis trafik, mereka menyangka saya tidak cukup umur. Kita tetap bersama walau ke mana jua.

Terima Kasih Kriss 100, semoga kita berjumpa di syurga dan kau menjelma menjadi Toyota Caldina hendaknya. Lagu itu, untuk kita berdua.

Tuesday 14 April 2009

exam




Minggu studi bermula. Namun semalam sempat menghadiri kuliah ganti Y.M Raja dan Dr.Ling, kelas yang sangat memberansangkan dan pastinya akan sentiasa dikenang. Juga merupakan kelas terakhir episod 4 tahun di sini. Terima kasih semua pensyarah, the ups and downs colors my life!

Selamat menempuh peperiksaan khas buat team QC, team KA, dan HT16 peperiksaan terakhir InsyaAllah. Najah for the khaira ummah!

Tuesday 7 April 2009

Periuk nasi, barangan haram


Kolej A, 9 malam

Moto dipakir di bawah pokok, berjalan ke bilik. Kemudian solat isyak dan berazam manelaah pelajaran. Suis lampu dan kipas dihidupkan, tingkap dan langsir dibuka luas-luas supaya udara segar dapat masuk. Kemudian hamba turun ke bilik anis memulangkan Chemistry Silberberg. Anis membuka bilik dengan cepat dan menyambar buku lalu memberi amaran. Pintu ditutup. Hamba terkejut dengan perkhabaran itu.

Sekonyong-konyong mendengar berita itu, hamba berlari ke atas, menutup lampu dan kipas kemudian mengunci pintu berlari keluar. Adapun hamba berjalan berlagak tak bersalah memecah kegelapan, kemudian singgah sebentar di bilik nurul meminjam tudung takut terserempak dengan ajnabi. Telahan itu benar apabila hamba terserempak dengan seorang lelaki bertubuh tegap lagi menakutkan di asrama puteri, beliau memikul plastic penuh berisi periuk nasi.

Hamba bertawakkal sahaja sekiranya bilik hamba dipecah masuk, ataupun beras, spageti, mi segera dan minuman dirembat. Maknanya itu bukan rezeki hamba. Hamba tidak dapat menghubungi wahida kerana telefon hamba tertinggal di bilik.

Demi sesungguhnya hamba singgah di bilik gee, tatkala itu felo itu datang dan menerjah hamba bersama keris AUKU. Hamba tidak tertewas kerana bijak berhelah.
Alahai felo, hamba tahu kalian juga ada rice cooker kerana hamba melihat sendiri kalian memasak! kalian juga tertakluk kepada AUKU 1971. Ternyata kalian salah guna kuasa, tak amanah!!!!Felo nak C4 ke?

Adapun pada masa yang sama wahida di bilik dalam kegelapan dan kepanasan, mengunci bilik dari dalam dan menyembunyikan diri di bawah meja sambil menikmati sebiji burger tanpa menghiraukan jeritan felo dan ketukan pintu yang bertalu-talu.

HEP menjalankan operasi besar-besaran merampas periuk dan mengeluarkan saman yang kononnya berlahan dengan AUKU 1971. Persetankan semua itu, HEP patut merenung kembali mengapa setiap bilik ada periuk nasi.

Jawapannya, dalam menuju kecermerlangan akademik dan memiliki akhlak, emosi dan jasmani, makanan yang baik adalah sangat penting. Kualiti makanan perlulah mengikut tahap makanan manusia amnya, bukan seperti nasi basi yang dibeli oleh Gee tempoh hari. Selain aspek kualiti makanan yang memenuhi nutrisi badan diambil perlulah bersih sedari penyediaannya sehinggalah kepada penyajiannya.Bagaimana mahu bersih sekiranya makanan tidak ditutup terdedah kepada lalt dan suasana dapur kafe yang jijik sehingga menjadi tempat lepak para anjing?

Jelas, aspek kebersihan dan kualiti makanan yang seperti ini akan adakah barakahnya? dan bagaimana pula mahu menjadi darah daging kemudian menjana fikiran serta hati dalam proses menuntut ilmu?

HEP sila lebih realistik dengan mecekik darah menyaman sesuka hati tanpa memikirkan masa depan insan terdesak antara dua pilihan makanan kotor dan bersih.

Friday 3 April 2009

Tabung AmanPalestin; Terima Kasih warga SPPS


Jutaan terima kasih kepada siswa siswi Sekolah Pendidikan yang sudi memberi sumbangan kepada tabung AMANPALESTIN. Dalam tempoh 2-3 jam kuliah berjalan, kalian dapat mengisi penuh tabung tersebut. Para penyumbang terdiri daripada semua pelajar dan paling utama golongan non-Muslim yang turut menyumbang, Maha Suci Allah.

Terima kasih juga kepada Muslimin Agung selaku jurucakap yang petah menyusun bicara memohon sumbangan, Jazakallah, sesungguhnya bakat beliau bercakap sangat berguna mengajak masyarakat memberi infak.

perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. Al-Baqarah:261

Amal Harun

Sekolah Pendidikan (major Kimia)

1. Pak Lah letak jawatan.


2. Islam hadhari menjadi perbahasan.


3. Pertanian mula digiatkan kembali.


4. Asyik ikut telunjuk menantu saja.

5. Rasuah tetap sama.





1. Selamat menghadapi kerajaan Monggolia =)

2. Selamat berjaya, gamaknya pulih kot ekonomi lepas ni.

3. Mari lihat, mana tahu khilafah akan ditegakkan seperti gemilangnya kerajaan Abasiyyah dan Umayyah.

ini bukan penganalisa politik, pemerhati sahaja, politik Malaysia jangan main wayang lagi!

Wednesday 1 April 2009

Kepalaku hampir dipenggal


Ini kisah benar, pengembaraan penuh mistik. Bina imaginasi anda, ia menyeramkan.


Cuaca panas, sebiji pau dan sebungkus air coklat buat melapik perut, perjalanan berpandukan peta yang tidak jelas mendebarkan. Kampung Kiau dihuni suku kaum Kadazandusun yang terkenal itu menjadi perhentian. Sunyi saja, sesekali bunyi gong dan kulintangan (alat muzik) memecah kesunyian kampung.

Aku, Joyah, Taib dan Jenny gembira menikmati panaroma Kampung Kiau. Menikmati air oren sambil melihat dedaunan hutan dan jambatan gantung yang panjang itu cukup mengujakan. Aku, Joyah dan Taib meniti jambatan gantung tetapi Jenny sudah serik dengan jambatan gantung, dia hanya berdiri sahaja memerhatikan kami.


Pengembaraan berjiwa muda penuh keberaniaan diteruskan. Batu besar sekitar 7 tan kononnya dibawa daripada Pulau Gaya ke Kampung Kiau demi keamanan penduduk. Ia telah disembahyangkan dan dipuja puji oleh bobohizan (bomoh) bagi mendapat sokongan dan keizinan semangat nenek moyang di Gunung Kinabalu. Di situ juga kepala manusia, musuh dan lanun yang dipotong dikeringkan. Kepala dipotong? Gulp!


Ah, sekarang sudah aman, mana ada lagi pemotong kepala. Kami berjalan lagi memasuki rumah tengkorak. Banyak juga tengkorak dan tempayan buat mengisi mayat. Juga daun simpai untuk semangat dan menghalau roh jahat. Rumah tengkorak itu sebelah rumah bobohizan!
Persetankan semua itu, aku tak takut la. Aku baca ma’thurat, hanya Allah tempat berlindung. Takkan kau tak tahu kalam suci surah ke 29 ayat 41? Jangan mengambil perlindungan lain selain Allah.


Kampung Kiau kami redah lagi. Kali ini masing-masing seronok bermain terompah tempurung. Berjalan di atas tempurung kecuali Joyah dan Taib yang tidak mencuba kerana khuatir tempurung tersebut pecah dek berat badan masing-masing hehe. Kami juga belajar berjalan menggunakan buluh. Perempuan penjaga kampung yang aku lihat sebentar tadi menghisap rokok ada bersama kami. Dia penjaga Kampung Kiau! Katanya buluh itu digunakan semasa musim banjir.


Kami mencuba berkali-kali, nampaknya tiada seorang pun yang pandai berjalan dan menstabilkan badan ketika berjalan menggunakan batang buluh tersebut kecuali diriku (ada nada bangga). Aku naik kemudian jatuh, naik lagi buluh tersebut, dan aku jatuh. Naik lagi dan dapat berjalan selangkah. Lama aku cuba, ternyata aku berjaya! Itulah, barangkali Jenny, Taib dan Joyah adalah hasil urbanisasi yang pesat menjelang era gejala PPSMI.


Tetapi Taib pandai pula melastik walaupun tangan kirinya seperti bengkok kerana tidak menerima rawatan fisioterapi. Begitu juga Joyah dan Jenny. Kami teruja menggunakan sumpit. Berat betul kayu sumpit itu. Aku geli menggunakan sumpit itu kerana mungkin ada kuman dari saliva orang lain. Lalu aku suruh seorang budak membuat sumpitan, ia mengenai seekor kera dan tapir. Ulat sagu rumbia pun ada, Taib hampir makan, aku faham, kalau lapar pun takkan sampai ulat gemuk tu pun mahu ditelan. Ada beberapa orang mencuba, ulat itu katanya berprotein tinggi. Eee, aku sentuh saja pun dah geli, ia bergerak-erak di atas tapak tangan dan jari jemari.


Beberapa buah rumah Kampung Kiau kami redah. Kami masuk tanpa membuka kasut, hahaa. Kemudian kami pukul gong, bunyi gong bergema, kami main pengantin. Macam orang bodoh saja. Lepas pergi ke sebuah rumah lagi. Aku main tumbuk-tumbuk padi, dahaganya. Penduduk Kampung Kiau menghidangakan lihing hasil penapaian beras pulut, beras nasi dan ubi kayu dengan ragi. Lihing mengandungi sehingga 11 ke 20 peratus alcohol. Baunya sungguh meloyakan, aku tahan sahaja dahaga itu.


Setelah penat merayau di Kampung Kiau, aku, Jenny, Joyah dan Taib pergi ke sebuah tempat keramaian. Di situ banyak sumandak (gadis) cantik-cantik. Kami sungguh tertarik menonton Sazau Penampang dan Sazau Papar diiringi alunan muzik yang merdu, aku tidak tahu itu muzik apa. Gerak tari mereka memukau mata-mata yang memandang. Tiba-tiba seorang pahlawan bermuka bengis muncul mencari mangsa. Satu-satu ditatapnya. Aku membatukan diri. Fuhh, lega. Pahlawan itu berlalu meneliti seorang bayi baru bertatih.


“hohooooooooooooo…” aku terkejut menekup muka apabila si pahlawan datang dari arah belakangku. Wajahnya didekatkan ke arahku dan Joyah. Aku beranjak ke arah lain. Jenny juga berdebar-debar. Taib membatukan diri melihat sahaja, sempat juga mengetawakan aku yang ketakutan. Serius aku takut apabila dia duduk didepan kami berempat, sambil memegang lembing yang tajam dan menggigit sebilah parang.


“Haaaaaaaaaaaaaaaaaah!”, sergah si pahlawan mengarahkan aku ke suatu tempat tinggi di mana sumandak-sumandak tadi menari. Aku cuba mengelak, tetapi diacukan senjatanya tanda mahu mengamuk kerana ingkar. Aku menurut saja, lemah lutut, dan menggeleter seluruh badan.
“Tolonglah, aku takkan menceroboh lagi kampung kamu huhuu…” aku merayu dalam hati saja.
Hah, inikah dia Monsopiad pahlawan pemotong kepala. Mukanya bengis di hadapanku. Muncul tiga lagi lelaki tanpa pakaian lengkap bersenjata parang, sumpit dan lembing tajam. Aku Nampak dia meluru ke arahku sambil menghunus parang.


“Arghhhh, dia nak kerat kepala!” aku lari turun malangnya dihalang oleh si Monsopiad. Dia mendengus dan menjerit kemarahan begitu juga pahlawan lain, aku melompat apabila dipaksa naik dan dikepung. Huh, bau tuak mereka ni, uweks, aku berlagak selamba di tengah-tengah, mengangkat tangan membuat ‘peace’ supaya Joyah dapat ambil gambar aku.


“Heeeeeeeeeeeeeeeh!” si bengis sebelah kanan pula membuat jerkahan menyebabkan adrenalin yang dirembeskan meningkat ke tahap maksimum. Mereka marah kerana aku mempermainkan mereka barangkali. Lutut aku bergegar-gegar.


Monsopiad memberikan sumpitnya, dia memberi isyarat untuk menyumpit orang lain, dan akhirnya menghalakan ke arah Jenny.


“Arghhhh, jangan Amal, jangan!” Jenny ketakutan. Monsopiad, aku tak mau bunuh kawanku sendiri. Kau mahu baca akhbar; PELAJAR UMS MATI DISUMPIT? Ah, kau macam Red Indian kuno, mana boleh baca news!


Monsopiad memberi isyarat kepadaku supaya menyumpit sebiji belon. Sekali aku cuba dan gagal. Monsopiad jadi bengis, kali kedua sumpitanku tersasar dan ketiga setelah mengubah posisi sumpitan, belon meletup.


Orang ramai bertepuk tangan, mujur aku terselamat dari menjadi mangsa potong kepala. Dia memberi tunduk hormat dan membuat isyarat terima kasih.


Aku memohon ampun dari Allah, aku takkan hampiri tempat itu lagi, penuh khurafat dan kepercayaan karut! Trauma.